Sabtu 25.7.2015
Baru-baru ni sebelum raya saya ada membeli mini jig jenama Bakau ... berat 1.5 gram ja ... saja nak try test kat Terengganu nanti hehe ... yelah semangat nak main Ultra Light la katakan hehe ... Dan hasilnya beberapa spesis ikan dapat didaratkan ... Teknik yang saya gunakan ialah karau sambil "jerk" ... Kawasan yang saya casting ni adalah di sekitar muara ..
First time dapat ikan ni menggunakan gewang @ jig ... sebelum ni pun pernah dapat tapi guna hirisan isi ikan saja hehe ... Hasil google nama ikan ni dalam bahasa Inggeris ialah Jarbua terapon manakala nama dalam bahasa Malaysia ialah ikan Gerong (pembetulan daripada seorang kawan) ...haaa baru ku tahu hehe
Masa ni bukan menggunakan Bakau jig 1.5 gram tu tetapi menggunakan gewang Trulinoya...
Haa kali ni barulah dapat menggunakan Bakau jig 1.5 gram tu hehe ... Nak tahu apa nama ikan ni ? Mula-mula saya pun tak tahu sangat ... tapi try tanya kat facebook ada jugak kawan (sipo Lee Roy hehe ) yang bagitahu ... Nama ikan ni dalam bahasa Malaysia ialah Seriding putih @ Seriding botak manakala nama dalam bahasa Inggeris ialah Bald Glassy Perchlet @ Naked-head Glassy ...
Dan akhir sekali semua orang tahu kot nama ikan ni hehe ... Dalam bahasa Malaysia dipanggil ikan ketutu @ ikan hantu manakala dalam bahasa Inggeris pula ialah Marble sleeper @ Marble goby ... Curut-curut jer hasil tangkap hehe ... Bisalah lah bila guna umpan mikro kan ...
No comments:
Post a Comment