Wednesday, September 9, 2015

Cara memancing ikan belanak a.k.a loban.

 Rabu 9.9.2015


Setelah sibuk dengan nak habis latihan industri lepas tu sempat jugak lepak kat rumah untuk beberapa hari, hari ni baru berkesempatan untuk menukilkan pada blog ni ... Kali ni HS nak kongsi cara memancing ikan belanak... ada jugak orang panggil loban ... Ikan ni selalu main kat jeti dan berenang secara berkumpulan .. Mula-mula kita bagi rasuah dulu ... ambil sedikit roti gardenia dan ramas sampai hancur dengan air di dalam bekas ...kemudian curah je air roti gardenia tu ... insyaAllah nanti datang la belanak tu ... Spesis ni main kat atas air ... Kat bawah ni hasil yang diperolehi hari tu hehe ... Alhamdulillah rezeki ... Kalau nak mancing ikan ni sesuai pada waktu pagi hehe 



Spesis di atas ni selalu kacau umpan ... ikan belanak tu baru je nak makan umpan ikan ni dah datang kacau .. Okay sekarang kita cerita teknik di hehe ... Pagi tu HS dah cuba memancing ikan ni tetapi tak berjaya ...kumpau .. ikan dah pun makan umpan bila sentap tak dapat .. "aduh kenapa ni ?"  Bila repeat memancing di sebelah petang teringat yang encik Ramli bagitahu yg matakail tu kena kangkang sikit ... "eh kenapa kena kangkang mata kail tu ? Apa sebabnya ?"  haaa sebabnya ikan ni bila makan dia akan sedut makanan dia .. jadi untuk membolehkan matakail mengena mulut ikan ni kita kena kangkang sikit matakail tu ... Terima kasih kepada encik Ramli kerana berkongsi ilmu ni dengan HS ... HS pun dah lama tak komplot dengan dia hehe ... okay sambung balik hehe ... Perambut untuk matakail tu lebih kurang sehasta panjang ... Dekat pin/swivel saya selitkan polistrin untuk buat umpan tu timbul (ni sebab tak cukup alat, asal boleh je haha) ... cara untuk setting ada kat gambar bawah nanti ... Okay bila dah nampak kumpulan ikan belanak tu datang baling jer umpan roti gardenia tu ... roti gardenia yang nak buat umpan tu basahkan sedikit biar roti tu jadi liat ... Penuhkan matakail dengan roti gardenia ..




Perambut yang saya gunakan masa ni ialah 10 lb ... kalau boleh rendah lagi bagus ... Dan matakail yang saya guna masa ni jenama Sasame saiz 1 ... Mainline pulak 6 lb , rod 2-6 lb okuma nemesis dan reel ryojin 2000 (tak ada modal lagi nak beli reel yg sesuai huhu) ... Sebenarnya cara setting yang HS gunakan tadi tu sebab dalam keadaan serba kekurangan ... asal boleh je huhu ... Cara setting yang betul (yg diajar oleh encik Ramli kepada HS) seperti gambar di bawah ni ... kena ada stopper dan pelampung hidup macam ni dan kena ada batu ladung ... perambut pun sejengkal je panjang ... Setting yang macam ni kita boleh adjust kedalaman umpan yang kita nak ...


Itu sahaja yang HS tahu dan dapat HS kongsikan dengan para pembaca ... kalau ada perkongsian dengan HS sila tinggalkan komen di bawah ... nanti HS akan tambah  ..Selamat mencuba .. Terima kasih :) 



No comments:

Post a Comment

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...