Showing posts with label memancing. Show all posts
Showing posts with label memancing. Show all posts

Wednesday, July 11, 2018

cara mudah ikat perambut casting untuk kolam





Hi semua, dalam video ni HS ada tunjuk cara yang paling mudah nak buat perambut casting. Perambut casting ni yg HS guna. Bukan apa, kadang kalau guna single hook ikan siakap merah/mangrove jack suka curi umpan. Dia ambil umpan betul-betul kat bahagian yg tak ada matakail haha. Selamat mencuba ya !

Saturday, August 12, 2017

cara-cara memancing udang kolam



Assalamualaikum semua, disini HS tunjukkan cara-cara untuk memancing udang di kolam.
Jemput menonton :) 



Thursday, March 30, 2017

Gewang yang sesuai memancing haruan

 Hi semua, kali ni HS kongsikan kepada anda semua tentang umpan atau gewang yang sesuai untuk memikat si kepala ular ni. Apa yang HS kongsikan adalah gewang yang paling umum untuk memburu ikan haruan. Gewang yang tidak dinyatakan dalam video HS pun boleh digunakan juga untuk memancing haruan contohnya seperti sesudu, popper dan pencil.

Jom tonton video HS. Jangan lupa like, share dan subscribe ya (^^,)
Terima kasih ~



Wednesday, March 22, 2017

Video casting ikan haruan dengan SJCAM 6 LEGEND



Salam dan hai semua, saya dah kembali :)

terima kasih kerana sudi membaca blog saya lagi. Baru-baru ni HS ada membei action cam yang mampu milik ja. Tak mampu lagi nak beli GoPro huhu. Jadi dengan itu HS nak kongsikan short video menggunakan camera SJCAM 6 LEGEND ni. Video memang puas hati beb ^^,

Jom kita saksikan short video ni :) 



Thursday, December 10, 2015

Trip memancing ikan Tenggiri, Talang, Cencaru dan Pecah Periuk.

12.4.2015 Ahad

Alhamdulillah merasa jugak aku untuk memancing tenggiri ..Thanks kepada abah yang sponsor hehe.
Kami naik dijeti Teluk Bayu Sungai Petani Kedah. Dengan tekong awang, ramah orangnya. Trip kali ni aku sempat merasa 'fight' daripada ikan pecah periuk @ patipok. Rod 10-20 lb melentok tak terkira menahan asakan daripada patipok ni. Dengan menggunakan perambut 60lb (agar tidak mudah putus) dan batu ladung yg bersaiz kecil berumpankan kepala ikan temenung aku berjaya mendaratkan patipok ni. Sungguh teruja buat masa itu, maklumlah lesen pertama seumur hidup hehe.


Like page Haruan Sakit Channel -->  Haruan Sakit channel


Dalam tengah sibuk casting tenggiri tiba-tiba ternampak bayangan sotong ni. Disebabkan dah malas nak casting jadi bertukar ke memancing sotong dengan menggunakan jig sotong yg berbentuk udang. 



Penghuni di dasar kurang menjamah umpan yang kami hulurkan. Hanya talang dan cencaru sahaja yang rajin menjamah apollo yang kami beri. 



selamat menonton video : 






Tuesday, November 24, 2015

Cara untuk mengelakkan perambut putus daripada sang Pacu.


Malam ni HS nak cerita tentang Kolam Paksu di Machang Bubok Bukit Mertajam... Kolam ni rasanya dah lama dibuka sejak HS kecil lagi ... tapi HS tak berapa ingat ... mama ada bagitahu yg abah pernah bawak HS ke sini dulu ... Jadi masa cuti pertengahan semester baru-baru ni HS sempat lagi berkunjung ke kolam paksu ni ... Satu je sebab kenapa HS datang ke kolam ni sebab nak layan tarikan sang pacu ... maklumlah spesis ni mempunyai daya lawan yg cukup kuat ... tambah-tambah bila yg bersaiz besar ... memang fighter ...

Gambar daripada Google


Petang tu HS dan syafik bergerak ke kolam tu ...Jadi dengan berbekalkan cengkerik 3 ringgit kami pun menuju ke kolam .. Bila di pertengahan jalan hujan lebat pulak ... nasib baik kat kolam paksu tu dah ada bumbung (kolam kecil) ... Masa tu peralatan memang tak cukup ... main bedal je matakail udang buat main pacu haha ... mata kail syafik bila kena pacu sekali dah kangkang ... nak buat mcm mana main terjah ja pi kolam paksu tu hehe Strike kali pertama dan kali kedua tu asyik putus jer ... Lepas tu ada seorang brother ni bagi tips sikit macam mana nak tackle pacu ni agar tak mudah putus perambut ... 

Cara dia ialah dengan meletakkan swivel/pin yang kecil di hujung perambut dan masukkan mata kail pada swivel tersebut ... macam nak mancing haruan la kan gayanya, letak mata kail kat swivel/pin ...
Okay di sini ada video masa memancing pacu di kolam paksu dan saya guna teknik tersebut ... memang berhasil !!

Selamat menonton:  


Wednesday, September 9, 2015

Cara memancing ikan belanak a.k.a loban.

 Rabu 9.9.2015


Setelah sibuk dengan nak habis latihan industri lepas tu sempat jugak lepak kat rumah untuk beberapa hari, hari ni baru berkesempatan untuk menukilkan pada blog ni ... Kali ni HS nak kongsi cara memancing ikan belanak... ada jugak orang panggil loban ... Ikan ni selalu main kat jeti dan berenang secara berkumpulan .. Mula-mula kita bagi rasuah dulu ... ambil sedikit roti gardenia dan ramas sampai hancur dengan air di dalam bekas ...kemudian curah je air roti gardenia tu ... insyaAllah nanti datang la belanak tu ... Spesis ni main kat atas air ... Kat bawah ni hasil yang diperolehi hari tu hehe ... Alhamdulillah rezeki ... Kalau nak mancing ikan ni sesuai pada waktu pagi hehe 



Spesis di atas ni selalu kacau umpan ... ikan belanak tu baru je nak makan umpan ikan ni dah datang kacau .. Okay sekarang kita cerita teknik di hehe ... Pagi tu HS dah cuba memancing ikan ni tetapi tak berjaya ...kumpau .. ikan dah pun makan umpan bila sentap tak dapat .. "aduh kenapa ni ?"  Bila repeat memancing di sebelah petang teringat yang encik Ramli bagitahu yg matakail tu kena kangkang sikit ... "eh kenapa kena kangkang mata kail tu ? Apa sebabnya ?"  haaa sebabnya ikan ni bila makan dia akan sedut makanan dia .. jadi untuk membolehkan matakail mengena mulut ikan ni kita kena kangkang sikit matakail tu ... Terima kasih kepada encik Ramli kerana berkongsi ilmu ni dengan HS ... HS pun dah lama tak komplot dengan dia hehe ... okay sambung balik hehe ... Perambut untuk matakail tu lebih kurang sehasta panjang ... Dekat pin/swivel saya selitkan polistrin untuk buat umpan tu timbul (ni sebab tak cukup alat, asal boleh je haha) ... cara untuk setting ada kat gambar bawah nanti ... Okay bila dah nampak kumpulan ikan belanak tu datang baling jer umpan roti gardenia tu ... roti gardenia yang nak buat umpan tu basahkan sedikit biar roti tu jadi liat ... Penuhkan matakail dengan roti gardenia ..




Perambut yang saya gunakan masa ni ialah 10 lb ... kalau boleh rendah lagi bagus ... Dan matakail yang saya guna masa ni jenama Sasame saiz 1 ... Mainline pulak 6 lb , rod 2-6 lb okuma nemesis dan reel ryojin 2000 (tak ada modal lagi nak beli reel yg sesuai huhu) ... Sebenarnya cara setting yang HS gunakan tadi tu sebab dalam keadaan serba kekurangan ... asal boleh je huhu ... Cara setting yang betul (yg diajar oleh encik Ramli kepada HS) seperti gambar di bawah ni ... kena ada stopper dan pelampung hidup macam ni dan kena ada batu ladung ... perambut pun sejengkal je panjang ... Setting yang macam ni kita boleh adjust kedalaman umpan yang kita nak ...


Itu sahaja yang HS tahu dan dapat HS kongsikan dengan para pembaca ... kalau ada perkongsian dengan HS sila tinggalkan komen di bawah ... nanti HS akan tambah  ..Selamat mencuba .. Terima kasih :) 



Tuesday, August 11, 2015

Seharian memancing part 3.

7.8.2015  Jumaat 

Pagi-pagi dah siap-siap nak keluar casting... Pukul 7.00 pagi dah tiba di lokasi ... Best pergi memancing awal-awal pagi ni ... Tahu sebab apa ? haa sebab dapat lihat keindahan ciptaan Tuhan ... macam gambar kat bawah ni la hehe ... Eh hari jumaat kan ? Jangan lupa perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W ...





Terasa segar pagi ni ... Ombak memecah kesunyian di waktu pagi ni dan masih lagi menghempas pantai dengan lembut ... Sementara tunggu naim HS casting dulu ... warm up la katakan hehe Dalam tengah baling-baling tu ada satu sambaran dengan menggunakan Rapala ultra light minnow ... "ahhhh ni mesti kerapu ni, yess" bermonolog sendiri ... Tetapi bila sampai ke tebing ja nampak putih ja ... "eh ikan apa ni , pernah tengok tapi tak tahu la nama sebenar" ... Kemudian hantar gambar kat abah .. Abah cakap ikan plata bali ... ooo baru ku tahu hehe ... Ambil gambar dua tiga kali dan lepas semula ... kecil sangat nak buat lauk pun hehe 


Dan akhirnya terima panggilan daripada naim ... Jadi ubah tempat lah HS pun ... Dekat kawasan berbatu sikit dapat banyak strike daripada kerapu bintik yang bersaiz kecil ... Naim je yang dapat masa ni hehe ... HS tak berjaya mendaratkan spesis kerapu tu ... Ada la dalam 15 minit casting di spot berbatu tu dan kami ubah ke spot yang dekat dengan lapangan terbang Kuala Terengganu ... Keputusannya dua-dua kumpau haha Akhir sekali naim ajak casting di port yang terakhir pada pagi tu ... HS dapat memujuk sang bulan ke riba dan spesis marble goby dengan menggunakan mini minnow jenama trulinoya hehe Tak berani ooo nak guna rapala kat tempat ni ... kalau sangkut naya ja huhu 




Petang selepas solat Jumaat kawan IMB ajak ke rumah terbuka salah seorang staff IMB di Wakaf Tapai ... Habis je makan-makan kami bergerak balik ... dalam perjalanan pulang tu hujan lebat menemani kami ... "macam mana nak mancing satgi ni" bisik hati kecil HS ... Tapi sampai je kat rumah cuaca nampak cerah area-area Merang tu ... Jadi komplot dengan naim petang ni jadi la hehe Dan macam biasa lah Naim je yang dapat landed sang bulan ni ... HS cuma dapat melayan kerenah sang bulan beberapa saat saja sebelum terlucut akibat aksi akrobatiknya ... 



Sekian terima kasih :)
Nantikan videonya ya di YouTube Haruan Sakit ... 

Sunday, August 2, 2015

Seharian memancing bahagian 2.


1.8.2015 Sabtu 

Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7.00 macam tu dah keluar memancing (tak la awal pagi sangat pun hehe) ... Bila tengok jadual kat tides4fishing.com ikan akan aktif pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 8.00 pagi ... Jadi dengan harapan yang tinggi ingin memikat sang bulan a.k.a tarpon, kami teruskan sesi pagi ni walaupun penat seharian memancing semalam belum hilang lagi ... Tapi pagi ni HS dengan Faiq je, Mubin sambung tidur z z z ~



Sampai ja kat port yang pertama popper disambar kuat oleh sang bulan ... namun tak berjaya solid hook ... Sekali tu jelah letupan dari sang bulan, lepas tu senyap je sampai ke sudah huhu ... Jadi kami ubah pula di port yang ke dua ... Port sama yang dapat ikan nak macam siakap tu ... Dengan menggunakan ofmer catwalk karau secara perlahan tiba-tiba poww !! "Sambaran rakus daripada sang bulan ni yesss" !!  bermonolog dalam hati ... dengan tiga kali aksi akrobatik fuhh memang berdebar ... takut-takut terlucut lagi ... layan semampu yang boleh dan akhirnya mendarat jugak ... Jangkaan pertama tadi meleset ... "mak aiy bandang rupanya" !! adrenalin meluru masuk ke setiap saraf yang ada ... "Yeah lesen pertama seumur hidup aku ni Faiq haha ikan bandang ni"  ... Senyum sampai ke telinga lah (^^,) 




Dan dalam pukul 9.00 a.m. boiling bulan dan bandang dah mula kurang ... Kami ubah buat kali ke tiga ... Kali ni menggunakan Bakau jig 1.5 gram dan karauan yang perlahan dapat menjerat ikan gerong ni ... Selain daripada tu dapat ikan apa entah la ... tak tahu nama huhu ... Kalau pembaca tahu sudilah berkongsi ya nama ikan di bawah ni  :) 




Last but not least, kami mencuba nasib memancing haruan ... Alhamdulillah dapat jugak merasa karen haruan setelah sekian lama tak merasa hehe ... Dapat dua ekor saiz seperti gambar di bawah ni ... 





Di sebelah petang pula Naim (member umt) ajak casting sang bulan di merang ... Apa lagi HS ikut je lah hehe ... Lagipun asyik casting kat tempat yang sama ja kan ... sekali sekala nak jugak ubah angin tu hehe ... HS ternampak sekumpulan anak ikan semilang jadi dengan gatai tangan melemparkan gewang Ultra Light Minnow keluaran rapala ... hehe terlekat jugak sekor kat mata kali ... dan dilepaskan semula ~ 




Masa ni air makin surut, casting punya casting di tempat yang berbatu tiba-tiba muncul satu sambaran yang rakus ... Rupa-rupanya seekor ikan kerapu yang bersaiz kecil lagi anggaran 200 gram je  "Dah jom balik Mubin aku dah dapat ikan" sambil tersengih-sengih ... 


Kau buat apa tu Mubin ? haha 
Bila matahari dah tenggelam sikit baru ada boiling sang bulan di tempat kami casting ... HS dan naim pun apa lagi try la casting kat boiling tu ... tapi kejap je boiling sang bulan di sini ... Dalam tengah karau tu tiba-tiba ryojin berbunyi nyaring "kringgg~"  ... Perghh padu betul masa sang bulan ni sambar gewang ... dapat la layan dalam 30 saat ja lepas tu terlucut ... Sambaran kali ke dua pun sama ... Naim sempat lagi dapat baby GT, saiz lebih kurang besar tapak tangan dengan menggunakan jighead dan soft plastic ... Tak kumpau la tu heheh ... Kemudian, boiling bulan pun dah susah nak nampak ... Bila sampai rumah basuh gewang semua baru perasan yang mata kail kat ultra light minnow ni dah kangkang ... Tak apa, tunggu hujung minggu nanti ye sang bulan hehe


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca :) 





Thursday, July 30, 2015

Casting tilapia dengan Jig Bakau 1.5 gram.


30.7.2014 Khamis

seperti hari-hari biasa lepas kerja ja terus terjah port casting ... tujuan utama nak merasa "karen" si ikan bulan ... dah 3 4 hari casting tapi tak nampak pun rupa bulan ... yang ada cuma terlucut ataupun "missed call" ... Jadi hari ni tengok kat jadual Fishing4tides in Kuala Terengganu ikan aktif hehe 



Sampai ja di port yang pertama hanya salam perkenalan daripada sang bulan ... ada lah dalam 10 minit saja ... lepas tu ubah ke spot yang kedua... kat sini tak ada terus sambutan ... "air cetek sangat kot"  saja menyedapkan hati ... Akhir sekali spot yang ke tiga ... kelmarin terlucut banyak kali disebabkan aksi akrobatik sang bulan, aduh ! 


First strike ikan ubi ni @ haruan bodoh ... tapi masih dalam saiz yg kecil ... Strike yang kedua adalah daripada sang tilapia ... Yeay ! dapat pun lesen ikan tilapia hehe new record la katakan ... Banyak pulak dapat ikan tilapia hari ni ... kalau tidak suram je ... Bila baling je umpan terus lari ... huhu
Teknik yang digunakan adalah karau @ retrieve dengan perlahan ... Jig jenama Bakau ni akan goyang ke kiri dan ke kanan @ yawing di dalam air ... Memang tergoda la ikan kan bila aksi jug yang macam tu seperti udang kecil ataupun anak ikan yang sakit hehe Kesemua ikan yang dapat dilepaskan semula .. catch and release (C&R) ...


Akhirnya berjaya jugak daratkan sang bulan ni ... Dengan menggunakan Ofmer catwalk hehe ... Saiz bukan ukuran yang penting strike ... betul tak ? ^^, 





Sekian terima kasih :) 



Thursday, July 23, 2015

Cara memancing ikan senangin dan sedikit info tentangnya.

Isnin 20.7.2015
Sebelum balik ke Terengganu untuk meneruskan latihan industri abah sempat belanja trip memancing di jambatan Pulau Pinang ke 2 .... Alhamdulillah selamat pergi dan balik hehe ... Tekong yang bawak kami hari ni ialah tekong Tok Pulau (nama kat Facebook) ... sinonim dengan hasil tangkapan ikan senangin hehe ... 


Awal-awal masa memancing tu ok lagi tapi bila start pukul 2 petang angin dah mula kencang ... sebab tu yang duduk atas tiang jambatan ja... 


Angah orang pertama menaikkan ikan ... ikan tetanda pulak tu ... kira lesen pertama lah kan hehe Perambut yang digunakan masa ni biasa saja ... 60lb dan batu ladung hidup saiz 6 (tak besar mana pun) ... air masa ni kurang laju sikit ... Rod pun guna poundage medium 10-20 lb ... 




Bila dah nak tengah hari sikit air dah mula perlahan dan lepas tu tak ada arus langsung ... jadi dengan rasa boringnya tukar rod okuma nemesis 2-6 lb ... dengan menggunakan gewang mini minnow jenama trulinoya warna natural ala-ala ikan bilis sikit... ikan anak todak @ needle fish tu la yang sudi sambar ... layan jelah dah ikan dasar tak nak makan pun... hihi



Tak lama kemudian abah cakap "Jom kita naik atas tiang lah kita main senangin pulak" ... kami pun angkat lah semua barang termasuk dengan umpan hidup ( udang hidup ) ... udang hidup ni umpan yang paling best untuk menjerat senangin (setahu saya lah) ... dan kalau nak pilih udang buat umpan tu ambil yang saiz kecil (macam saiz jari kelingking ja) ... 
Abah pun bawak keluar perambut senangin yang dah siap prepared malam tu .. 


Sedikit ilustrasi tentang perambut untuk menjerat ikan senangin ... sebabnya ikan senangin dia main area-area setengah air ja @ atas sikit daripada dasar laut... Tapi pada hari kejadian ikan merah, ikan gelama, ikan duri dan ikan cencaru pun naik jugak menggunakan perambut senangin ni hehe makan kot atas jugak ikan-ikan ni ... rezeki katakan ... Abah la yang paling banyak bawak naik ikan senangin ni ... saya boleh la merasa "karen" tarikan senangin dengan menggunakan rod 2-6 lb tu hehe ... tapi mainline tak ikut spesifikasi Ultra light lagi... masih baru lagi ... slow-slow lah nanti turun ke 6 lb hehe 

cara ikan senangin makan memang mengasyikkan... tambah-tambah guna rod poundage rendah ... senang nak rasa bila ikan makan umpan...hujung rod akan melentok 2 3 kali dengan masa yang agak lama ( 2 @ 3 saat ) ...lain rasanya kalau ikan gelama yang tarik hehe ... kalau dah tak rasa ikan tarik tu maknanya ikan senangin dah pun berjaya mencuri umpan hehe  
Itu saja perkongsian dari pengalaman ... kalau ada apa-apa lagi dari pembaca yang nak dikongsikan boleh komen di bawah ... 
Ada sikit video yang sempat dirakam oleh adik kebanyakkannya ... Enjoy :) 


video memancing :


Wednesday, July 15, 2015

Memancing ikan siakap dan jenahak di Kolam Simpang Tiga, Sungai Petani Kedah. #throwback



Assalamualikum hehe ... Hari ni (sabtu 7.2.2015) cadang nak pergi memancing bawah jambatan pulau pinang yang lama tetapi kekurangan orang ... macam tak best pulak kalau pergi dua orang ja ... Jadi Mubin ajak aku memancing ke kolam simpang tiga sungai petani... Kami memang tak biasa lagi dengan kolam ni , maklumlah kali pertama pi ni hehe ... Dekat kolam tu semua lengkap.. bilik solat pun ada penghawa dingin ( rasa jugak la sejuk tu), kedai makan jual nasi bungkus , tandas dan menyediakan umpan hidup jugak... Belanak seekor 60 sen ( tapi lambat sikit nak ada) dan udang hidup...

Kami start masuk pukul 10.30 pagi ... dengan yuran RM 50 untuk 7 jam ... ada jugak ranking ... memang berbaloi hehe daripada awal kami masuk sampai lah ke petang dlm 2.30 mcm tu kami kumpau ... hanya mampu melihat orang depan , orang kiri dan kanan dapat ikan huhu ... guna teknik pelampung pun senyap , bottom pun senyap ... tapi masa ni kami guna umpan udang hidup ... bila ubah sikit tempat barulah ok sikit hehe ... dengan bantuan orang yg dah lama memancing kat tempat tu dan tunjuk ajar sikit , Alhamdulllilah boleh siakap seekor .. ni kira siakap seumur hidup aku la hehe ..kali ni aku guna teknik pelampung dan umpan belanak ... Terima kasih ya otai yg ajar saya tu ..




Kalau tak silap saya , start dari pukul 4.30 petang pihak kolam akam melepaskan sebanyak 20 ekor ikan ... masa ni pihak kolam akan umumkan kepada para pemancing supaya menarik umpan ke tebing kolam ... Unik jugak cara mereka melepaskan ikan dengan menggunakan bot ... Pada masa ni lah ramai pemancing-pemancing yg baru datang ... 5 ekor ikan yg terawal dapat akan mendapat hadiah ...
Perih ouh bila sangkut tali mancing dengan pemancing yang lain tapi adat la bila main kat kolam kan ... Tapi pemancing juga harus waspada, jangan main ikut sedap je baling umpan...huhu






Dan akhir sekali, alhamdulillah rezeki katakan ... dalam 5.30 macam tu lah pelampung aku bergerak laju ... "ishh takkan ikan belanak macam ni"  selang beberapa minit kemudian pelampung terus tenggelam dan aku membiarkan beberapa saat lagi dan "kringgggggggg"  ... Perhhh, drag tak kunci ketat ni ... adoiy , nasib baik ...  selalu terlupa nak bg ketat drag ... Ikan jenahak ni aku guna teknik yang sama, pelampung sedepa dan umpan belanak ...

Sekian terima kasih :) 






Repeat memancing ikan patin. #throwback


Hari ni alhamdulillah, dengan berumpankan perut ayam dapat juga aku daratkan patin.. aku anggarkan nak dekat 2kg jugak patin ni ... First time mancing dekat sini dapat tilapia ja, saja nak cuba dapat pulak  si patin ni hehe ... tapi pacu tak dapat lagi ... 
Patin punya strike hanya kaki pancing ja yang tahu hehe , dengan tiba-tiba ja drag Ryojin aku "berpidato" dan rod melentur ... aku pun apa lagi berlari mencapai rod dan layan ikan tu ... dalam 5 minit lepas tu berjaya daratkan ikan ni ... 






Ni adalah video yang sempat dirakam oleh kawan aku yang hampir terjatuh :







Sunday, July 12, 2015

Memancing ikan tilapia, ikan puyu dan ikan haruan. #throwback

Fuhh hari ni pergi dua tempat tapi tak dapat ikan pun .... Tempat pertama yang aku terjah ialah tasik kulim ...dulu aku casting guna mini minnow dapat spesis chicild ...rupa bentuk macam tilapia tapi warna oren...tapi tadi aku pergi dorang tengah buat kerja bagi mendalamkan lagi tasik tu ... air pun jadi keruh .. tak best cast .. 




Port kedua ni kat kampung aku jer ... Lahar tambun tasek gelugor ... Tiga kali strike tapi tak lekat ... curut sangat kot huhu ... Aku guna katak magnum la , lure favroite aku hehe ...
Last sekali member aku dapat puyu dengan berumpankan cengkerik ... empat ekor semuanya ..










Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...