Monday, May 2, 2016

Teknik memancing di Kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah.

2.5.2016 Isnin


Alhamdulillah .. selepas dua minggu nak masuk minggu yang ketiga HS dah semakin pulih ..cuma kalau berjalan je terenjut-enjut lagi sebab kaki masih bengkak ... Dua hari (14.3.2016) sebelum nak balik ke Skudai HS berhasrat nak try casting di kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Perjalanan dari rumah ke kolam memakan masa selama 40 minit ... Hari tu pergi seorang je sebab abah sibuk dan member pun kerja ... Dah lama tak main kat kolam .. nak main kat Johor ni harga tiket memang mahal huhu ... sampai je kat kolam nak bayar rupa-rupanya pihak kolam tengah buat promosi ... Rm35 untuk 10 jam weiii ... casting sampai lebam ... setelah siap setup rod dan reel HS pun mula aktiviti casting menggunakan udang mati .. 

Di sini HS nak berkongsi teknik yang HS guna pada hari tu ... udang mati tu HS buang kepala dia dan tak buang kulit apa pun .. cuma buang kepala udang ja dan sangkut pada matakail .. bagi lurus sikit udang tu .. dah settel (lupa nak ambil gambar kalau tak boleh tunjuk) ... bila dah baling umpan biar umpan tu tenggelam dulu dalam 10 saat ke .. pastu HS karau dengan perlahan (serius slow giler haha) dan diselangi dengan "jerk" sekali ... teknik ni memang berkesan .. Dua ekor siakap tumpas pada pagi tu ... 

Petang tu pulak lepas zohor (memang panas giler kot), HS casting menggunakan teknik pelampung dan udang hidup .. sambil karau pelampung slow-slow tu tiba-tiba "dup" dan terus bawak lari ... HS sempat membuka bail arm untuk mengeluarkan tali dan set hook bila rasa dah sesuai .. tak lama selepas tu seekor lagi siakap putih berjaya didaratkan .. Alhamdulillah rezeki .. 

Lepas dapat lagi sekor siakap, HS duduk je kat pondok .. guna teknik pelampung .. baling tepi (ada la 2 meter dari tebing) ... tak payah jauh-jauh kalau main kat kolam ni ... sedang leka bersembang dengan brother sorang ni tiba-tiba pelampung hilang .. terus meluru mencapai joran .. bagi masa jap kat ikan tu dan bila pelampung tenggelam je sekali lagi, tali bagi tegang dan sembat ... Perlawanan kali ni agak sengit sebab ikannya memberi tentangan yg hebat...
selepas beberapa minit dapat la tahu yang punya angkara .. Si jenahak rupanya, patut la kuat semacam je ... Jadi hasil sekarang ialah 3 ekor siakap dan seekor jenahak ... Dalam pukul 5 lebih HS mula casting balik sebab tak berapa panas dah dan beroleh seekor lagi siakap .. comel giler siakap ni haluih sangat haha .. Sedutan dia pun slow je .. tapi itu memang trademark sang raja muara tak kira kecil atau besar haa .. 

Lepas dapat siakap yang kecil tu mama ada call tanya bila nak balik .. dalam hati kata pukul 6 nanti balik la ni .. jadi HS pun sambung casting .. kali ni hanya baling dalam jarak lebih kurang 3 meter dari tebing (saja ja baling dekat-dekat pulak) ... tak sangka .. bila nak sampai tepi ja terasa "dup" yang amat kuat ..berderau darah masa tu haha .. Jadi HS pun bagi dia masa dan sembat lah .. dapat jugak nampak rupa ikannya tu (ikan jenahak) tapi bila di "rempit" tali putus pulak ..tak tahu la samada putus kat mainline atau kat FG knot ... silapnya sebab kunci drag terlalu ketat ... sayangnya, tengok jam dah pukul 6 petang .. memang tak ada rezeki la kan .. Jadilah rezeki siakap 4 ekor dan jenahak seekor ... 

Kalau main kat kolam ni satu je, kena RAJIN ... selebihnya tu rezeki Dia nak bagi :) 

Tight line guys ~


1 comment:

  1. Assalam tuan saya nak tuan jadi tester utk soft frog 100% handmade kami blh tak tuan??...mnta tuan bagi feelback dgn segara ye....hubungi kami di talian 01110069617 zam

    ReplyDelete

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...