Showing posts with label ikan siakap. Show all posts
Showing posts with label ikan siakap. Show all posts

Monday, May 2, 2016

Teknik memancing di Kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah.

2.5.2016 Isnin


Alhamdulillah .. selepas dua minggu nak masuk minggu yang ketiga HS dah semakin pulih ..cuma kalau berjalan je terenjut-enjut lagi sebab kaki masih bengkak ... Dua hari (14.3.2016) sebelum nak balik ke Skudai HS berhasrat nak try casting di kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Perjalanan dari rumah ke kolam memakan masa selama 40 minit ... Hari tu pergi seorang je sebab abah sibuk dan member pun kerja ... Dah lama tak main kat kolam .. nak main kat Johor ni harga tiket memang mahal huhu ... sampai je kat kolam nak bayar rupa-rupanya pihak kolam tengah buat promosi ... Rm35 untuk 10 jam weiii ... casting sampai lebam ... setelah siap setup rod dan reel HS pun mula aktiviti casting menggunakan udang mati .. 

Di sini HS nak berkongsi teknik yang HS guna pada hari tu ... udang mati tu HS buang kepala dia dan tak buang kulit apa pun .. cuma buang kepala udang ja dan sangkut pada matakail .. bagi lurus sikit udang tu .. dah settel (lupa nak ambil gambar kalau tak boleh tunjuk) ... bila dah baling umpan biar umpan tu tenggelam dulu dalam 10 saat ke .. pastu HS karau dengan perlahan (serius slow giler haha) dan diselangi dengan "jerk" sekali ... teknik ni memang berkesan .. Dua ekor siakap tumpas pada pagi tu ... 

Petang tu pulak lepas zohor (memang panas giler kot), HS casting menggunakan teknik pelampung dan udang hidup .. sambil karau pelampung slow-slow tu tiba-tiba "dup" dan terus bawak lari ... HS sempat membuka bail arm untuk mengeluarkan tali dan set hook bila rasa dah sesuai .. tak lama selepas tu seekor lagi siakap putih berjaya didaratkan .. Alhamdulillah rezeki .. 

Lepas dapat lagi sekor siakap, HS duduk je kat pondok .. guna teknik pelampung .. baling tepi (ada la 2 meter dari tebing) ... tak payah jauh-jauh kalau main kat kolam ni ... sedang leka bersembang dengan brother sorang ni tiba-tiba pelampung hilang .. terus meluru mencapai joran .. bagi masa jap kat ikan tu dan bila pelampung tenggelam je sekali lagi, tali bagi tegang dan sembat ... Perlawanan kali ni agak sengit sebab ikannya memberi tentangan yg hebat...
selepas beberapa minit dapat la tahu yang punya angkara .. Si jenahak rupanya, patut la kuat semacam je ... Jadi hasil sekarang ialah 3 ekor siakap dan seekor jenahak ... Dalam pukul 5 lebih HS mula casting balik sebab tak berapa panas dah dan beroleh seekor lagi siakap .. comel giler siakap ni haluih sangat haha .. Sedutan dia pun slow je .. tapi itu memang trademark sang raja muara tak kira kecil atau besar haa .. 

Lepas dapat siakap yang kecil tu mama ada call tanya bila nak balik .. dalam hati kata pukul 6 nanti balik la ni .. jadi HS pun sambung casting .. kali ni hanya baling dalam jarak lebih kurang 3 meter dari tebing (saja ja baling dekat-dekat pulak) ... tak sangka .. bila nak sampai tepi ja terasa "dup" yang amat kuat ..berderau darah masa tu haha .. Jadi HS pun bagi dia masa dan sembat lah .. dapat jugak nampak rupa ikannya tu (ikan jenahak) tapi bila di "rempit" tali putus pulak ..tak tahu la samada putus kat mainline atau kat FG knot ... silapnya sebab kunci drag terlalu ketat ... sayangnya, tengok jam dah pukul 6 petang .. memang tak ada rezeki la kan .. Jadilah rezeki siakap 4 ekor dan jenahak seekor ... 

Kalau main kat kolam ni satu je, kena RAJIN ... selebihnya tu rezeki Dia nak bagi :) 

Tight line guys ~


Friday, November 27, 2015

Video memancing siakap kolam simpang tiga.

28.11.2015 Sabtu 


Bangun awal sebab semalam tido awal ... mana tak nya, balik ja dari trip kelas ke Pahang tu terus tido dah penat sangat ... Jadi pagi tadi sempat upload video memancing siakap di kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah. Sempat lagi sebelum pergi mencari si bongkok hihi ... nak tahu apa si bongkok tu ?  Tunggu entri akan datang :)  Sebelum tu meh layan video memancing ni dulu ~




Thursday, November 19, 2015

6 ekor siakap kolam dengan set Ultra light. #Haruansakit


9.11.2015 Isnin

Assalamualaikum semua ... hari ni (jumaat 2011.2015) baru HS nak menaip balik kat blog ni ... sekarang ni sibuk sikit dengan final year project dan kesuntukkan masa nak menaip ni ... Jadi cuti pertengahan semester hari tu (4 hari ja, sigh) abah sempat bawak HS dan adik ke kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Target utama kami ialah siakap hehe ... Jadi masa ni HS menggunakan set ultra light ... saja nak mendapatkan keyakinan bila menggunakan set ultra light ni yang giat berkembang di Malaysia... Set yang HS gunakan adalah seperti di bawah ni:

Rod: Okuma nemesis 2-6 lb
Reel: Shimano sienna 1000
Mainline: Stren monofilament 6 lb



Okay, HS tak menggunakan 'shock leader' tetapi HS menggunakan perambut... Biasalah kalau nak casting siakap kolam mesti guna perambut dan udang mati kan ... Pakej yang kami ambil hari tu ialah RM50 untuk 7 jam ... Jadi dari pagi sampai ke petang kami memancing ... Total 6 ekor siakap dan seekor siakap merah (adik yang dapat) ... Ohh tak lupa jugak , nantikan videonya ya  ^^,



Sekian terima kasih :)

Wednesday, July 15, 2015

Memancing ikan siakap dan jenahak di Kolam Simpang Tiga, Sungai Petani Kedah. #throwback



Assalamualikum hehe ... Hari ni (sabtu 7.2.2015) cadang nak pergi memancing bawah jambatan pulau pinang yang lama tetapi kekurangan orang ... macam tak best pulak kalau pergi dua orang ja ... Jadi Mubin ajak aku memancing ke kolam simpang tiga sungai petani... Kami memang tak biasa lagi dengan kolam ni , maklumlah kali pertama pi ni hehe ... Dekat kolam tu semua lengkap.. bilik solat pun ada penghawa dingin ( rasa jugak la sejuk tu), kedai makan jual nasi bungkus , tandas dan menyediakan umpan hidup jugak... Belanak seekor 60 sen ( tapi lambat sikit nak ada) dan udang hidup...

Kami start masuk pukul 10.30 pagi ... dengan yuran RM 50 untuk 7 jam ... ada jugak ranking ... memang berbaloi hehe daripada awal kami masuk sampai lah ke petang dlm 2.30 mcm tu kami kumpau ... hanya mampu melihat orang depan , orang kiri dan kanan dapat ikan huhu ... guna teknik pelampung pun senyap , bottom pun senyap ... tapi masa ni kami guna umpan udang hidup ... bila ubah sikit tempat barulah ok sikit hehe ... dengan bantuan orang yg dah lama memancing kat tempat tu dan tunjuk ajar sikit , Alhamdulllilah boleh siakap seekor .. ni kira siakap seumur hidup aku la hehe ..kali ni aku guna teknik pelampung dan umpan belanak ... Terima kasih ya otai yg ajar saya tu ..




Kalau tak silap saya , start dari pukul 4.30 petang pihak kolam akam melepaskan sebanyak 20 ekor ikan ... masa ni pihak kolam akan umumkan kepada para pemancing supaya menarik umpan ke tebing kolam ... Unik jugak cara mereka melepaskan ikan dengan menggunakan bot ... Pada masa ni lah ramai pemancing-pemancing yg baru datang ... 5 ekor ikan yg terawal dapat akan mendapat hadiah ...
Perih ouh bila sangkut tali mancing dengan pemancing yang lain tapi adat la bila main kat kolam kan ... Tapi pemancing juga harus waspada, jangan main ikut sedap je baling umpan...huhu






Dan akhir sekali, alhamdulillah rezeki katakan ... dalam 5.30 macam tu lah pelampung aku bergerak laju ... "ishh takkan ikan belanak macam ni"  selang beberapa minit kemudian pelampung terus tenggelam dan aku membiarkan beberapa saat lagi dan "kringgggggggg"  ... Perhhh, drag tak kunci ketat ni ... adoiy , nasib baik ...  selalu terlupa nak bg ketat drag ... Ikan jenahak ni aku guna teknik yang sama, pelampung sedepa dan umpan belanak ...

Sekian terima kasih :) 






Friday, June 26, 2015

Barramundi on the hunt #throwback

Bosan punya bosan , aku rancang dengan classmate nak pergi overnight kat kolam siakap... 
Dorg on aku pun ape lagi onnnn terusss ...hehe 
Aku target ikan siakap , kempunan dah ni ... Macam yang adik2 aku pegang ni ... 
Ni kolam kat rawang ... Tapi masa ni aku tak ada ... Family aku pergi jalan2 kat sana ... 
Dah sebulan aku tak mancing .. tangan tak bau hanyir ikan ....
terperuk kat kolej perdana ni ...
Barramundi , kau datanglah ye ~~






Angah & Adik

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...