Monday, June 29, 2015

Tak balik Raya Aidiladha part 3. #throwback

Entry kali ni aku cuma nak kongsi sikit pengalaman aku dengan abah aku memancing haruan masa aku darjah 2 tak silap ... memang best ...
Dulu abah aku bagi rod buluh je kat aku , kalau rod buluh tu tau tau jela kan tak boleh casting pun ... tapi abah aku guna reel la... aku cuma boleh tarik biasa-biasa je ... tapi tu pun boleh dapat gak haruan hehe ...Abah aku ajar kalau rasa ikan makan biar dulu , sampai nampak buih lepas tu baru hook up ... cara ni biasa lah kalau nak mancing haruan kalau guna umpan katak hidup ..
tapi zaman dah berubah dan aku pun sekarang ni guna soft frog je .. aku tak minat sangat guna jump frog bagi aku macam susah je nak dapat strike ..

Ni video yang sempat aku rakam pada petang hari Raya Aidiladha , enjoy :


Tak balik Raya Aidiladha part 2. #throwback


Again , pagi-pagi lagi dah keluar memancing hehe tak tahu nak buat apa kan , tak kan nak membuta atas katil ja ... Guna umpan udang yang kecil tu , dan teknik pelampung ...sauk je umpan tak yah nak ke kedai membeli hehe


Double strike hehe 

Keli pun naik jugak tapi dua ekor ja ...


Tilapia tak yah kata la , banyak ... 


Ni masa casting sebelah petang pulak ... Expect the unexpected , yeah ...



Curut jer , yang ni aku lepaskan la bagi dia besar sikit hehe 



Ni videonya : 






Tak balik Raya Aidiladha part 1. #throwback

Start pkul 7 pagi aku dan epul (classmate) aku dah mancing ...Biasa la kan hari cuti hehe ... Mula-mula guna umpan roti je dulu dan aku lak casting guna soft frog yang baru beli semalam ... First strike epul yang dapat ikan dulu , wahh dah hanyir rod kawan aku ni ye well done ...
terjumpa jugak ex-classmate (ameeruddin) dan bajim setelah setahun ada la kot tak jumpa ...






Lepas mancing dekat tasik depan pku aku dengan member aku seorang lagi (nama pun sama arif jugak tapi dah kerja) mancing dekat tasik depan ... kat situ kami guna umpan anak udang , alhamdulillah hasilnya memuaskan jugak la ... setengah jam je kami layan kat port tu sebab nanti nak pergi solat jumaat pulak .. 

Hasilnya : 





Kemalangan dengan matakail ni lah padahnya ... sangkut dekat ekor ..





Petang ni ingat nak repeat balik dengan si epul .. harap tak hujan .. stay tuned ~



Memancing ikan tilapia dan ikan baung. #throwback


Petang lepas asar aku terus gerak berjumpa dengan member yang kenal dekat batu layar ... Dengan berumpankan udang yang kecil tu , cukup untuk membuat ikan tilapia dan baung ni tergoda...haha
serious, ni first time aku mancing dekat krp ...




Kami semua guna teknik pelampung ... Tapi ikan kat sini dah berkurang , tak rajin menjamah umpan seperti dahulu ...
Second strike ikan tilapia hoho




Ikan yang ketiga ...

Esok kuiz wehhhh , sekian ~




Memancing ikan tilapia dan ikan haruan. #throwback


Awal sem aku ada masa untuk pergi mancing.. Sebab semua assignment tak menimbun lagi hehe .. Bila aku sampai kat tasik depan pku ja cuaca suram , awan mendung yang menuggu masa untuk meluahkan isi hatinya (tudia ayat) ... ingat nak boleh beberapa ekor ikan lampam tapi baru je labuh umpan hujan dah mula renyai-renyai... 




Jadi kami ( aku , rashid dan wan ) ubah tempat pergi ke fke ... kat situ la port yang tak menghampa kan ...

Baby Tilapia...




Sayangnya katak ni dah tak ada sebab duduk atas pokok ( sangkut ) ...
Aku suka katak jenama FIXH ni ... memang killer ...
Malamnya pula kami sambung mancing kat tasik ilmu tapi tak ada hasil pun ... membangau ke sudah hahaha


Sunday, June 28, 2015

Memancing di pantai Batu Layar Desaru. #throwback


Batu layar , Desaru    20.9.2014

Pagi ni cuaca elok , tak terlalu panas atau tak terlalu mendung ... Tapi bila sebelah petang nampak awan mendung saja tak hujan pun ... Ramai jugak family yang datang untuk bersantai bersama keluarga dan anak-anak ... Batu layar ni jauh sikit dari Tanjung Balau ...





Banyak jugak spesis ikan dapat dekat batu karang ni dan aku tak tahu sangat nama ikan ni .. Cantik je ikan ni semua ... Target nak dapat banyak kerapu tapi sekor ja yang dapat .. Hanya berumpankan hirisan sotong ... 

















Ketam pun dapat. 

On the way nak balik singgah sekejap nak menduga penghuni paya ni .. tapi tiada sambaran yang rakus oleh sang haruan ... 







Sekian ~



Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...