terima kasih kerana sudi membaca blog saya lagi. Baru-baru ni HS ada membei action cam yang mampu milik ja. Tak mampu lagi nak beli GoPro huhu. Jadi dengan itu HS nak kongsikan short video menggunakan camera SJCAM 6 LEGEND ni. Video memang puas hati beb ^^,
Kejadian ni berlaku baru-baru ni ... hari ahad lepas ... tapi hari ni baru ada mood nak menaip hehe Pada awalnya merancang untuk casting haruan di area Pontian dengan Komander lemon tea tetapi pagi tu terima whatsapp bahawa dia kurang sihat. HS dan Shahrul pun mati akal nak pergi ke mana ... Jadi kami pun casting area Kota Tinggi saja ... Alhamdulillah hasil memberangsangkan ... Kami sampai di port dah tengahari jadi memang panas 'hau-hau' bak kata orang utara betul tak ? hehe ... Jadi ada lah kot memancing dalam sejam pastu dah duduk rehat bawah pokok ... lepas zohor kami berkomplot dengan Naim Cool di tempat yg sama ... Masing-masing tak kumpau termasuk naik cool junior ...
Bila dah beransur petang HS duduk di suatu tempat sambil casting dan baru sedar yg pemandangan masa ni sungguh cantik .. Subahanallah ^^,
Komplot hari tu HS dapat mendaratkan 2 ekor haruan yg bersaiz sederhana ... Jadilah kan hehe ... Sebenarnya ada video pasal ni semua .. Nantikan ya :)
Fuhh hari ni pergi dua tempat tapi tak dapat ikan pun .... Tempat pertama yang aku terjah ialah tasik kulim ...dulu aku casting guna mini minnow dapat spesis chicild ...rupa bentuk macam tilapia tapi warna oren...tapi tadi aku pergi dorang tengah buat kerja bagi mendalamkan lagi tasik tu ... air pun jadi keruh .. tak best cast ..
Port kedua ni kat kampung aku jer ... Lahar tambun tasek gelugor ... Tiga kali strike tapi tak lekat ... curut sangat kot huhu ... Aku guna katak magnum la , lure favroite aku hehe ...
Last sekali member aku dapat puyu dengan berumpankan cengkerik ... empat ekor semuanya ..
Assalamualaikum, hai ... dah lama aku tak update dekat blog ni ...maklumlah sibuk sikit (malas nak update adalah punca utama haha) ...
Jadi dengan munculnya semester break kali ni, aku akan ceritakan tentang port yang aku terjah (yang mana boleh bagitahu jelah hehe) ....
Petang tadi aku terjah lubuk dekat kampung aku ... sebelum ni kolam ikan orang jaga tapi sekarang dah terbiar .. saja nak menduga penghuni kolam tu ... tapi last2 aku kumpau haha ...
Masa nak pergi memancing ni nak dekat pukul 12 tengahari dah .. haha tak ada kerja betul ..
First strike dapat ikan baung ... rakus jugak dia sambar gewang goldfish aku tu ...
Lepas tu aku saja nak "test drive" spinner bait baru aku ni ... memang nasib aku baik , baru 2 kali baling dah ada sambaran dari sang haruan ..hehe tapi saiz curut jela ...
Yang ni pulak mama haruan hehe ... aku rasa nak dekat 1 kg la ... Bila tengok dekat bahagian genital confirm betina ... dan perut dia buncit sikit ... so aku catch and release je ikan ni ... semoga dapat meneruskan kelangsungan spesis ikan haruan ni ....
Last sekali ada jugak belida yang dapat didaratkan hehe ..
Hari ni belida lapar kot ... aku dengan rashid je ...kesian member baru beli rapala shad rap jugak tapi terlucut gewang la pulak ... 4 kali strike dan sekor terlucut bila lompat ... 2 ekor aku release balik ... amik 2 ekor lagi untuk rasa ja ... dah dapat bonus !! haruan saiz nak dekat sekilo sekor ...last minit hehe ... Umpan apa guna ?? Macam biasa lah rapala shad rap goldfish ...hehe
esok aku nak pergi desaru mancing .. stay tuned eh korang ...
Ni lah aktiviti orang bujang ( ayat Rashid ) ... dah tak balik cuti midsem seminggu so mancing jela kerjanya haha ... macam biasa lah aku rashid and wan ...
Mula-mula casting haruan dapat jugak sekor lepas tu bila dah bosan ubah tempat pulak...
curut jer haruan ni ...
Bila ubah ke port kedua pulak aku guna gewang jenis selaman dalam ... tapi tak la dalam sangat ...
Aku guna Rapala shad rap goldfish 5 cm ... First strike aku dapat baung , tak sangka jugak ingat haruan ke apa ...hehe lepas tu second strike dapat belida ...haha new record selama aku kat sini ( rahsia tak leh bagitahu hehe ) .... Jadi hari ni aku dapat 2 ekor ikan baung saiz yang sama dan 2 ekor belida saiz pun lebih kurang sama jugak ...
Masa aku datang kat port tu aku nampak macam encik Ramli , lama sikit baru aku berani nak tegur bukan apa takut tersilap orang ja ... Lama jugak la tak berjumpa dengan en. Ramli tu ...
Kat bawah ni semua gambar berselfie dgn ikan @ ikan nak berselfi dengan aku pun boleh hihi :)