Thursday, October 29, 2015

#Haruansakit Casting ikan haruan (2.1 kg) dengan SP hinomiya.


12.10.2015 Isnin

Alhamdulillah, rekod peribadi HS untuk tahun ni... Kita tak tahu pemangsa apa yg menghendap umpan kita pada hujung tali ... Pada mulanya hujan turun agak lebat dalam lima minit ... dan lepas tu dah reda ... lepas ja hujan berhenti terus lontar umpan dan tanpa diduga ikan haruan yg seberat 2.1 kg telah menghentam SP ekonomi jenama Hinomiya (jimat sikit daripada guna Zman) ... 
Sambil retrieve gewang tu terasa "dup" dihujung tali ... dan tali mula bergerak ke kanan dengan laju (jantung dah mula berdebar) ... Tidak lama lepas tu apa lagi, kita sembat la hehe ... Si ikan haruan ni berjaya juga untuk masuk ke dalam reba dan terpaksa meranduk sedikit sehingga ke paras lutut ... Drag dilonggarkan sedikit takut-takut nanti dia membuat pecutan dan terputus tali ... Alhamdulillah akhirnya dia mengalah juga dan berjaya "selfi" bersama HS  hihi
di bawah HS kongsikan spesifikasi yang HS guna...








Terima kasih kepada Komander Lemon Tea sebab bagi pinjam penimbang dan tali ukur... status ikan ni berjaya dilepaskan di tempat lain memandangkan port senaijaya tu bakal lenyap huhu ...

Spesifikasi yg saya guna dalam memancing haruan: 

Rod: Ajiking The Light 10-16 lb
Reel: Ryojin 2000
Mainline: suffix 832 6lb
Shock leader: Yo-zuri 100% fluorocarbon 20lb
Lure: SP Hinomiya 7.5 cm (Black and white color)
Hook: worm hook owner saiz 1
Teknik: Texas Rig










Saturday, October 10, 2015

Tamat sudah contest GNP88


4.10.2015 Ahad

Alhamdulillah tamat sudah pertandingan yang dianjurkan oleh Group Niaga Pancing 88 (GNP88) ... Dengan semangat waja HS merempit dengan rakan (Mohd Shahrul Ogens) ke Putrajaya dimana berlangsungnya majlis penyampaian hadiah... Penat jugak la lepas ambil hadiah tu ... Pergi ke Putrajaya je dah makan masa selama 5 jam ... balik tu pulak boleh sesat sampai KLIA 2 hahaha adoiy ... sebab nak cari stesen minyak punya pasal ... Dapat juga bertemu dengan peserta pertandingan yang lain dan tak lupa juga kepada ikon pemancing Malaysia Lin Todak dan Man Kodak ... Terima kasih kepada penaja penge'like' dan peng'share' gambar contest saya .. Terima kasih semua ^^,


Gambar credit to Man Kodak




Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...