Showing posts with label soft plastic. Show all posts
Showing posts with label soft plastic. Show all posts

Tuesday, December 15, 2015

Hasil soft plastic dengan menggunakan teknik Texas Rig.

15.12.2015 Selasa


okay kali ni HS nak kongsi beberapa gambar strike dengan menggunakan teknik Texas Rig ni ... Sebelum ni HS pernah nampak orang menggunakan teknik ni kerana sesuai dengan menggunakan soft plastic ... Orang yg mendedahkan teknik ni dalam news feed facebook HS adalah Amirul Irfan (Youtube: Swimbait Freak) ... banyak yg dia post hasil daripada menggunakan soft plastic untuk menjerat ikan haruan ni ... tapi masa tu HS tengah seronok layan menggunakan soft frog, jadi tak layan sangat dengan soft plastic ni ... HS lebih seronok menggunakan top water lure kerana teruja saat haruan menghentam gewang ... dan orang yg mengubah HS untuk menggunakan teknik ni adalah Wan Riduan (FB) ... bila tengok brother ni menggunakan soft plastic, hasilnya boleh tahan ... dari situ bermula rasa ingin mencuba sesuatu yg baru ... iaitu Texas Rig ... Lagipun dek kekurangan modal untuk membeli spinner bait yg asyik sangkut di dasar, jadi HS cuba menggunakan soft plastic ... 


Gambar ni adalah strike pertama yg HS perolehi hasil dengan menggunakan soft plastic jenama Hinomiya warna hitam putih ... Telan sampai ke tekak soft plastic tu hehe ... dan di bawah ni adalah hasil dengan menggunakan pelbagai warna soft plastic ...










Rekod setakat ni dengan menggunakan soft plastic adalah 2.1 kg ... Tight lines !! 


Jangan lupa like page Haruan Sakit ---> Haruan Sakit Channel




Monday, December 14, 2015

Cara memasang worm hook pada soft plastic.

14.12.2015 Isnin

Kali ni HS nak kongsikan cara bagaimana nak setup matakail dengan soft plastic ... Ikut langkah-langkah dari atas ni sehingga ke bawah ... Ada banyak jenis Worm hook di pasaran sekarang ni ... ada yg dah siap sinker dekat matakail tu ... fungsi sinker ni nak bagi soft plastic tu cepat turun ke dasar ... 


Step 1

 Step 2
Cucuk matakail pada tengah-tengah di hujung soft plastic ... 

Step 3 
Tembuskan matakail sedikit dalam dan keluarkan pada sisi soft plactic ...

Step 4
Ukur panjang matakail pada soft plastic ... Seperti contoh di atas, ambil line merah sebagai penanda untuk cucuk matakail ... 


 Step 5
Masukkan matakail dan adjust agar soft plastic tidak bengkok dan boleh mencacatkan gaya renangannya ...

 Step 6



Mudah je kan ?  Jenis worm hook yang tak ada sinker ni selalunya kena letak sinker (batu ladung) sebelum swivel ... jadi sinker tu biar boleh bergerak ... senang kata macam batu ladung hidup la ... tapi ada jugak yg letak stopper sebab tak nak batu ladung tu bergerak ...  Teknik ni (Texas rig) saya guna untuk menggoda ikan haruan yg bermain di dasar ... Maaf kalau ada yg kurang ... Selamat mencuba  ^^,   ... Tight lines !

Like page Haruan Sakit -->  Haruan Sakit Channel




Sunday, November 22, 2015

Casting ikan pacu menggunakan spoon mikro (2.5 gram)


Komplot secara tak sengaja dengan member-member ultra light (shahrul ogens, komander lemon tea, Aaron amin dan Napy jer) membawa HS ke satu tempat area Potian Johor. Berdekatan juga dengan Pekan nenas. Nama gelaran kepada kolam ni ialah Kolam janggut. Memang first time datang sini. Kolamnya tak lah besar sangat tapi boleh la kalau nak layan. Kolam ni agak jauh dari jalan utama belok sana sini (dalam sikit ar) hehe 



Sampai je kat kolam tu ada dua orang pemancing. Cebisan roti yg dibaling ke dalam kolam membuatkan ikan pacu menyambar roti yg terapung tu. Dalam hati "wah wahh boleh tahan ni, harap boleh dapat sekor pun jadi lah" ... Tapi bila casting menggunakan soft plastic si pacu ni tak nak ambil. Bila guna hard lure pun dia tak nak ambil. Dalam hati rasa macam dah menyesal tak bawa umpan hidup macam cengkerik ...haha kalau tak memang nahas ikan pacu ni ... Jadi last try, guna spoon 2.5 gram. Tukar kepada treble hook dulu. Bila baling mula-mula tu HS biar tenggelam dulu dan karau perlahan dan ulang untuk kedua dan ketiga kalinya. Bila tak berjaya, ubah pulak kepada rentak yg lain. "it's how you fish the fish"  ayat tu terngiang-ngiang dalam kepala otak .. "macam mana nak buat spoon ni jadi macam ikan sakit eh ?"  "macam mana nak ambil hati ikan pacu ni untuk sambar gewang?"  HS bemonolog sekejap ... Jadi kali ni bila baling spoon dan biar tenggelam, karau tiga kali pusingan dan stop ... karau tiga kali pusingan dan stop ... dan bila dah nak dekat tebing, bila stop je karau terus si pacu ni ambil .. YES !!!! 
Shimano sienna menjerit kuat !! 



Ok sebelum HS dapat ikan pacu si Aaron amin ni yang mula-mula strike pacu menggunakan soft plastic kanicen nix warna pink ... sampai melompat ikan tu ... memang lucky lah amin ... Hari tu amin strike pacu dua kali ... fuhh ape buntat dia guna ( haha melawak jer)  ... walau bagaimanapun kami tak dapat mendaratkan spesis snakehead di kolam tersebut... okay ada video sikit masa aksi pertarungan tempoh hari ... selamat menonton :)










Thursday, October 29, 2015

#Haruansakit Casting ikan haruan (2.1 kg) dengan SP hinomiya.


12.10.2015 Isnin

Alhamdulillah, rekod peribadi HS untuk tahun ni... Kita tak tahu pemangsa apa yg menghendap umpan kita pada hujung tali ... Pada mulanya hujan turun agak lebat dalam lima minit ... dan lepas tu dah reda ... lepas ja hujan berhenti terus lontar umpan dan tanpa diduga ikan haruan yg seberat 2.1 kg telah menghentam SP ekonomi jenama Hinomiya (jimat sikit daripada guna Zman) ... 
Sambil retrieve gewang tu terasa "dup" dihujung tali ... dan tali mula bergerak ke kanan dengan laju (jantung dah mula berdebar) ... Tidak lama lepas tu apa lagi, kita sembat la hehe ... Si ikan haruan ni berjaya juga untuk masuk ke dalam reba dan terpaksa meranduk sedikit sehingga ke paras lutut ... Drag dilonggarkan sedikit takut-takut nanti dia membuat pecutan dan terputus tali ... Alhamdulillah akhirnya dia mengalah juga dan berjaya "selfi" bersama HS  hihi
di bawah HS kongsikan spesifikasi yang HS guna...








Terima kasih kepada Komander Lemon Tea sebab bagi pinjam penimbang dan tali ukur... status ikan ni berjaya dilepaskan di tempat lain memandangkan port senaijaya tu bakal lenyap huhu ...

Spesifikasi yg saya guna dalam memancing haruan: 

Rod: Ajiking The Light 10-16 lb
Reel: Ryojin 2000
Mainline: suffix 832 6lb
Shock leader: Yo-zuri 100% fluorocarbon 20lb
Lure: SP Hinomiya 7.5 cm (Black and white color)
Hook: worm hook owner saiz 1
Teknik: Texas Rig










Sunday, August 2, 2015

Seharian memancing bahagian 2.


1.8.2015 Sabtu 

Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7.00 macam tu dah keluar memancing (tak la awal pagi sangat pun hehe) ... Bila tengok jadual kat tides4fishing.com ikan akan aktif pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 8.00 pagi ... Jadi dengan harapan yang tinggi ingin memikat sang bulan a.k.a tarpon, kami teruskan sesi pagi ni walaupun penat seharian memancing semalam belum hilang lagi ... Tapi pagi ni HS dengan Faiq je, Mubin sambung tidur z z z ~



Sampai ja kat port yang pertama popper disambar kuat oleh sang bulan ... namun tak berjaya solid hook ... Sekali tu jelah letupan dari sang bulan, lepas tu senyap je sampai ke sudah huhu ... Jadi kami ubah pula di port yang ke dua ... Port sama yang dapat ikan nak macam siakap tu ... Dengan menggunakan ofmer catwalk karau secara perlahan tiba-tiba poww !! "Sambaran rakus daripada sang bulan ni yesss" !!  bermonolog dalam hati ... dengan tiga kali aksi akrobatik fuhh memang berdebar ... takut-takut terlucut lagi ... layan semampu yang boleh dan akhirnya mendarat jugak ... Jangkaan pertama tadi meleset ... "mak aiy bandang rupanya" !! adrenalin meluru masuk ke setiap saraf yang ada ... "Yeah lesen pertama seumur hidup aku ni Faiq haha ikan bandang ni"  ... Senyum sampai ke telinga lah (^^,) 




Dan dalam pukul 9.00 a.m. boiling bulan dan bandang dah mula kurang ... Kami ubah buat kali ke tiga ... Kali ni menggunakan Bakau jig 1.5 gram dan karauan yang perlahan dapat menjerat ikan gerong ni ... Selain daripada tu dapat ikan apa entah la ... tak tahu nama huhu ... Kalau pembaca tahu sudilah berkongsi ya nama ikan di bawah ni  :) 




Last but not least, kami mencuba nasib memancing haruan ... Alhamdulillah dapat jugak merasa karen haruan setelah sekian lama tak merasa hehe ... Dapat dua ekor saiz seperti gambar di bawah ni ... 





Di sebelah petang pula Naim (member umt) ajak casting sang bulan di merang ... Apa lagi HS ikut je lah hehe ... Lagipun asyik casting kat tempat yang sama ja kan ... sekali sekala nak jugak ubah angin tu hehe ... HS ternampak sekumpulan anak ikan semilang jadi dengan gatai tangan melemparkan gewang Ultra Light Minnow keluaran rapala ... hehe terlekat jugak sekor kat mata kali ... dan dilepaskan semula ~ 




Masa ni air makin surut, casting punya casting di tempat yang berbatu tiba-tiba muncul satu sambaran yang rakus ... Rupa-rupanya seekor ikan kerapu yang bersaiz kecil lagi anggaran 200 gram je  "Dah jom balik Mubin aku dah dapat ikan" sambil tersengih-sengih ... 


Kau buat apa tu Mubin ? haha 
Bila matahari dah tenggelam sikit baru ada boiling sang bulan di tempat kami casting ... HS dan naim pun apa lagi try la casting kat boiling tu ... tapi kejap je boiling sang bulan di sini ... Dalam tengah karau tu tiba-tiba ryojin berbunyi nyaring "kringgg~"  ... Perghh padu betul masa sang bulan ni sambar gewang ... dapat la layan dalam 30 saat ja lepas tu terlucut ... Sambaran kali ke dua pun sama ... Naim sempat lagi dapat baby GT, saiz lebih kurang besar tapak tangan dengan menggunakan jighead dan soft plastic ... Tak kumpau la tu heheh ... Kemudian, boiling bulan pun dah susah nak nampak ... Bila sampai rumah basuh gewang semua baru perasan yang mata kail kat ultra light minnow ni dah kangkang ... Tak apa, tunggu hujung minggu nanti ye sang bulan hehe


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca :) 





Saturday, August 1, 2015

Seharian memancing bahagian 1.

31.7.2015 Jumaat

Petang khamis tu si Faiq (member masa kat matrik) dah sampai rumah ...jadi tunggu mubin je nak datang ...tup tup pkul 2 pagi baru sampai ...pastu ambil dia di depan umt ... Sempat lah tido 3 jam lebih ja ... Pagi tu nak dekat pukul 7 pagi dah gerak ke kuala ibai (area rumah member intern) ... Target kat sana ikan bulan lah hehe Awal-awal tu memang frenzy lagi tapi bila dah masuk 8.30 pagi macam tu frenzy bulan dah mula kurang ... Dua kali terlucut dek kerana aksi akrobatik si bulan ni ... Bila dah pukul 9 pagi tu baru pegi lepak-lepak sarapan hehe Lapar kot ~





Bila selesai solat Jumaat kami masih lagi mencari sang bulan ... tapi casting area-area terdekat saja ... tak pergi jauh pun ... Faiq berjaya menghanyirkan ofmer catwalk yg baru dibeli dengan mendapat ikan gerong ... Last sekali haruan sakit (HS) tak tahu la nama ikan ni ... dapat dengan menggunakan soft plastic warna pearl jenama Gerenti strike daripada Kanicen nix hehe ... Bila tengok rupa bentuk muka dah macam ikan siakap dah ... tapi yang pelik ada tanda kat ekor dan sisik lembut ... Jauh beza dari siakap yg kita selalu tengok ... 




Malamnya pulak lepas pergi makan malam rancang nak memancing bersebelahan Masjid Kristal ... tetapi ada program haji pulak ... jadi guard halang jalan dan tak boleh nak mem"bottom" la ... tukar pulak nak mancing di pulau duyong ... sampai ja sana tengok air surut ... Last sekali balik tido je haha Penat weh ~ 

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...