12.10.2015 Isnin
Alhamdulillah, rekod peribadi HS untuk tahun ni... Kita tak tahu pemangsa apa yg menghendap umpan kita pada hujung tali ... Pada mulanya hujan turun agak lebat dalam lima minit ... dan lepas tu dah reda ... lepas ja hujan berhenti terus lontar umpan dan tanpa diduga ikan haruan yg seberat 2.1 kg telah menghentam SP ekonomi jenama Hinomiya (jimat sikit daripada guna Zman) ...
Sambil retrieve gewang tu terasa "dup" dihujung tali ... dan tali mula bergerak ke kanan dengan laju (jantung dah mula berdebar) ... Tidak lama lepas tu apa lagi, kita sembat la hehe ... Si ikan haruan ni berjaya juga untuk masuk ke dalam reba dan terpaksa meranduk sedikit sehingga ke paras lutut ... Drag dilonggarkan sedikit takut-takut nanti dia membuat pecutan dan terputus tali ... Alhamdulillah akhirnya dia mengalah juga dan berjaya "selfi" bersama HS hihi
di bawah HS kongsikan spesifikasi yang HS guna...
di bawah HS kongsikan spesifikasi yang HS guna...
Terima kasih kepada Komander Lemon Tea sebab bagi pinjam penimbang dan tali ukur... status ikan ni berjaya dilepaskan di tempat lain memandangkan port senaijaya tu bakal lenyap huhu ...
Spesifikasi yg saya guna dalam memancing haruan:
Rod: Ajiking The Light 10-16 lb
Reel: Ryojin 2000
Mainline: suffix 832 6lb
Shock leader: Yo-zuri 100% fluorocarbon 20lb
Lure: SP Hinomiya 7.5 cm (Black and white color)
Hook: worm hook owner saiz 1
Teknik: Texas Rig
Reel: Ryojin 2000
Mainline: suffix 832 6lb
Shock leader: Yo-zuri 100% fluorocarbon 20lb
Lure: SP Hinomiya 7.5 cm (Black and white color)
Hook: worm hook owner saiz 1
Teknik: Texas Rig
Bro, mane port ni??
ReplyDeleteNak cuba casting..