Thursday, November 19, 2015

6 ekor siakap kolam dengan set Ultra light. #Haruansakit


9.11.2015 Isnin

Assalamualaikum semua ... hari ni (jumaat 2011.2015) baru HS nak menaip balik kat blog ni ... sekarang ni sibuk sikit dengan final year project dan kesuntukkan masa nak menaip ni ... Jadi cuti pertengahan semester hari tu (4 hari ja, sigh) abah sempat bawak HS dan adik ke kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Target utama kami ialah siakap hehe ... Jadi masa ni HS menggunakan set ultra light ... saja nak mendapatkan keyakinan bila menggunakan set ultra light ni yang giat berkembang di Malaysia... Set yang HS gunakan adalah seperti di bawah ni:

Rod: Okuma nemesis 2-6 lb
Reel: Shimano sienna 1000
Mainline: Stren monofilament 6 lb



Okay, HS tak menggunakan 'shock leader' tetapi HS menggunakan perambut... Biasalah kalau nak casting siakap kolam mesti guna perambut dan udang mati kan ... Pakej yang kami ambil hari tu ialah RM50 untuk 7 jam ... Jadi dari pagi sampai ke petang kami memancing ... Total 6 ekor siakap dan seekor siakap merah (adik yang dapat) ... Ohh tak lupa jugak , nantikan videonya ya  ^^,



Sekian terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...