Tuesday, December 15, 2015

Hasil soft plastic dengan menggunakan teknik Texas Rig.

15.12.2015 Selasa


okay kali ni HS nak kongsi beberapa gambar strike dengan menggunakan teknik Texas Rig ni ... Sebelum ni HS pernah nampak orang menggunakan teknik ni kerana sesuai dengan menggunakan soft plastic ... Orang yg mendedahkan teknik ni dalam news feed facebook HS adalah Amirul Irfan (Youtube: Swimbait Freak) ... banyak yg dia post hasil daripada menggunakan soft plastic untuk menjerat ikan haruan ni ... tapi masa tu HS tengah seronok layan menggunakan soft frog, jadi tak layan sangat dengan soft plastic ni ... HS lebih seronok menggunakan top water lure kerana teruja saat haruan menghentam gewang ... dan orang yg mengubah HS untuk menggunakan teknik ni adalah Wan Riduan (FB) ... bila tengok brother ni menggunakan soft plastic, hasilnya boleh tahan ... dari situ bermula rasa ingin mencuba sesuatu yg baru ... iaitu Texas Rig ... Lagipun dek kekurangan modal untuk membeli spinner bait yg asyik sangkut di dasar, jadi HS cuba menggunakan soft plastic ... 


Gambar ni adalah strike pertama yg HS perolehi hasil dengan menggunakan soft plastic jenama Hinomiya warna hitam putih ... Telan sampai ke tekak soft plastic tu hehe ... dan di bawah ni adalah hasil dengan menggunakan pelbagai warna soft plastic ...










Rekod setakat ni dengan menggunakan soft plastic adalah 2.1 kg ... Tight lines !! 


Jangan lupa like page Haruan Sakit ---> Haruan Sakit Channel




2 comments:

  1. Assalam tuan.. Bgaimana cara untuk mainkan sp ni.. Dan bgaimana nak tahu sp ni sudah diragut haruan.. Mintak tnjk ajr dr tuan..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam tuan .. saya hanya karau sederhana laju dan jerk sedikit agar lebih menarik perhatian ikan haruan ... Cara ikan haruan makan umpan kita akan rasa tersangkut atau "dup" .. jadi untuk kepastian sama ada tersangkut atau ikan makan, biarkan sekejap dan angkat sedikit joran agar tali tegang ... kalau ada ikan haruan di hujung tali, kita akan merasa sedikit gegaran dan rentapan dari sang haruan ni ... itu mengikut pengalaman saya memancing haruan ... harap dapat membantu tuan ..

    ReplyDelete

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...