Showing posts with label ikan ketutu. Show all posts
Showing posts with label ikan ketutu. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Casting tilapia dengan Jig Bakau 1.5 gram.


30.7.2014 Khamis

seperti hari-hari biasa lepas kerja ja terus terjah port casting ... tujuan utama nak merasa "karen" si ikan bulan ... dah 3 4 hari casting tapi tak nampak pun rupa bulan ... yang ada cuma terlucut ataupun "missed call" ... Jadi hari ni tengok kat jadual Fishing4tides in Kuala Terengganu ikan aktif hehe 



Sampai ja di port yang pertama hanya salam perkenalan daripada sang bulan ... ada lah dalam 10 minit saja ... lepas tu ubah ke spot yang kedua... kat sini tak ada terus sambutan ... "air cetek sangat kot"  saja menyedapkan hati ... Akhir sekali spot yang ke tiga ... kelmarin terlucut banyak kali disebabkan aksi akrobatik sang bulan, aduh ! 


First strike ikan ubi ni @ haruan bodoh ... tapi masih dalam saiz yg kecil ... Strike yang kedua adalah daripada sang tilapia ... Yeay ! dapat pun lesen ikan tilapia hehe new record la katakan ... Banyak pulak dapat ikan tilapia hari ni ... kalau tidak suram je ... Bila baling je umpan terus lari ... huhu
Teknik yang digunakan adalah karau @ retrieve dengan perlahan ... Jig jenama Bakau ni akan goyang ke kiri dan ke kanan @ yawing di dalam air ... Memang tergoda la ikan kan bila aksi jug yang macam tu seperti udang kecil ataupun anak ikan yang sakit hehe Kesemua ikan yang dapat dilepaskan semula .. catch and release (C&R) ...


Akhirnya berjaya jugak daratkan sang bulan ni ... Dengan menggunakan Ofmer catwalk hehe ... Saiz bukan ukuran yang penting strike ... betul tak ? ^^, 





Sekian terima kasih :) 



Sunday, July 26, 2015

Spesis yang diperolehi hasil menggunakan Bakau Jig 1.5 gram.


Sabtu 25.7.2015 

Baru-baru ni sebelum raya saya ada membeli mini jig jenama Bakau ... berat 1.5 gram ja ... saja nak try test kat Terengganu nanti hehe  ... yelah semangat nak main Ultra Light la katakan hehe ... Dan hasilnya beberapa spesis ikan dapat didaratkan ... Teknik yang saya gunakan ialah karau sambil "jerk" ... Kawasan yang saya casting ni adalah di sekitar muara ..





First time dapat ikan ni menggunakan gewang @ jig ... sebelum ni pun pernah dapat tapi guna hirisan isi ikan saja hehe ... Hasil google nama ikan ni dalam bahasa Inggeris ialah Jarbua terapon manakala nama dalam bahasa Malaysia ialah ikan Gerong (pembetulan daripada seorang kawan)  ...haaa baru ku tahu hehe 


Masa ni bukan menggunakan Bakau jig 1.5 gram tu tetapi menggunakan gewang Trulinoya... 


Haa kali ni barulah dapat menggunakan Bakau jig 1.5 gram tu hehe ... Nak tahu apa nama ikan ni ? Mula-mula saya pun tak tahu sangat ... tapi try tanya kat facebook ada jugak kawan (sipo Lee Roy hehe ) yang bagitahu ... Nama ikan ni dalam bahasa Malaysia ialah Seriding putih @ Seriding botak manakala nama dalam bahasa Inggeris ialah Bald Glassy Perchlet @ Naked-head Glassy ...



Dan akhir sekali semua orang tahu kot nama ikan ni hehe ... Dalam bahasa Malaysia dipanggil ikan ketutu @ ikan hantu manakala dalam bahasa Inggeris pula ialah Marble sleeper @ Marble goby ... Curut-curut jer hasil tangkap hehe ... Bisalah lah bila guna umpan mikro kan ... 



Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...