Showing posts with label ikan toman. Show all posts
Showing posts with label ikan toman. Show all posts

Wednesday, May 4, 2016

Casting anak toman

4.5.2016  Rabu

Petang tadi sempat jugak jalan-jalan tepi parit besar... tujuan utama sebab nak casting haruan ja .. tpi bila asyik dgn casting ni tak sedar dah sampai hujung dah .. HS menggunakan set ultralight sahaja .. set nak main haruan dah rosak habis .. Jadi ternampak lah sekumpulan ikan tengah timbul .. dah besar rupanya anak2 ikan toman ni .. HS pun guna je mana yg ada dalam lure box tu .. salah satunya Jack lure sinking pencil 5 cm dan ofmer catwalk hehe .. layan habis bila anak2 toman ni berebut nak sambar pencil ofmer catwalk tu .. walaupun bersaiz kecil 20++ cm tetapi apabila menggunakan set ultralight ia mampu memberi tentangan yang hebat... karen habis woo !!







Sunday, June 28, 2015

Memancing ikan lampam. #throwback


Pada mulanya aku dan kawan aku tu casting haruan ataupun toman tapi tak ada hasil pun ... Ada jugak nampak anak-anak toman tapi bila kacau tak ada sambaran pun dari mak atau ayah .. sedih betul ... Jump frog , popper dan minnow sudah aku guna untuk menarik perhatian mak bapak anak-anak ikan tu ... 


 Last sekali layan lampam je .. first tabur roti dulu sebagai rasuah untuk lampam tu .. Bila ada sambaran letak roti yang dah di cangkuk pada matakail .. Dapat sekor ja petang ni , takat tu je rezeki haa ..




Bila time nak balik seronok tengok lampam makan roti yang ditabur sebab nak perabis juga roti tu ...  Memang frenzy la ... Tapi apakan daya dah maghrib .. Bye ikan ~



Saturday, June 27, 2015

Casting ikan toman di Pantai Kamloon. #throwback

23.8.2014

Dengar ja nama Pantai Kamloon tapi sebenarnya macam tasik terbiar .. Ni kali kedua aku datang sini.. Sebelum ni ada orang post kat fb sebab dapat mama toman .. aku pun punya la bersemangat nak cuba jugak tarik mama toman hihi ... Tapi apakan daya , mungkin nasib tak menyebelahi aku ...




Anak toman ja yang sudi sambar ... Memang banyak nampak ikan toman ni main tapi tak nak sambar gewang ... dah bermacam-macam aku guna seperti pencil , minnow dan popper .. last-last guna soft frog ni jugak jenama Magnum .. dapat la anak toman .. Haruan tak jumpa pulak ..huhu








Pasal keselamatan kurang sikit lah .. kena banyak berhati-hati sebab kayu ni ada yang reput dah ... Hari ni aku kurang bernasib baik , katak tipu dua ekor dan rapala seketul tersangkut ... haiyyaa ... naseb la ..  



Casting ikan haruan dan toman. #throwback

26.8.2014

Port ni kali ketiga aku pergi... sebelum ni dapat haruan ja .. Hari ni special sikit sebab ada spesis lain yang sudi menyambar ... tak sangka betul aku ..





Katak oren ni sempat menipu dua ekor haruan sebelum bersemadi di dalam kolam tu huhu ..
Aku tak tahu la kenapa boleh putus pulak time aku baling ... aku syak sebab FG knot kot ... tali dia akan bergeser dengan cincin .. sebab dah banyak kali bergeser putus la kot ..


Toman ni aku naikkan dia tanpa guna FG knot .. aku da malas nak buat FG knot masa tu ... tapi nasib baik la tak putus huhu ... kalau tak hilang lagi katak tipu yang baru aku beli ..


Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...