Friday, August 7, 2015

Memancing di tepi pulau.

3.8.2015 Isnin 

Kali ni sambil menyelam minum air sikit hehe ... Selepas habis je proses sample terus siap-siap untuk casting di tepi pulau bidong ... Jadi masa terluang pada petang ni tidak dibuang begitu sahaja hehe ... Alhamdulillah berkesempatan juga untuk ke sana ... Ye lah bukan senang nak dapat peluang macam ni ... Jadi HS dan Khusairi (panggil kucai je) berjalan la naik turun batu-batu kat sini ... tinggi-tinggi batu dia ...Kali ni HS menggunakan set ultralight dengan rod okuma nemesis 2-6lb, mainline suffix 6lb, shock leader 12lb (jenama tak ingat) dan reel ryojin 2000 (sepatutnya saiz 1000 ke bawah) ... Gewang yang digunakan masa ni ialah Rapala ultralight minnow (orange shad) jenis slow sinking ... Dan hasilnya dapatlah kerapu hitam ni (sorry tak tahu nama yang betul) ... 








Bila lambat sikit nak jerk mula la sangkut pada batu ... Jadi kena lah redah juga sampai paras pinggang untuk mengambil gewang yang tersangkut tu ... Dah alang-alang je basah jadi sambung je casting di dalam air macam ni hehe ... Dalam asyik mengarau gewang tiba-tiba muncul satu sambaran ... Layan punya layan sampai jugak ikan tu ke tepi tebing ... Merah menyala ikan ni ... tak tahu sangat nama untuk ikan ni ... Jadi kita catch and release je hehe ...






Tak lupa juga, gewang Trulinoya ni pun berjaya memikat sang kerapu ... Ada juga yang menggunakan jig Bakau 1.5gram dan dapat menaikkan kerapu hitam yang kecil ni ... Ada juga beberapa kali menggunakan jig sotong tapi tiada yang dapat didaratkan ... Hari terakhir nak balik tu kami sempat menjamah kepah bakar (mussel) ... Rasa isinya boleh tahan sedap hehe (mungkin sebab lapar juga kot) ... 



Crown of torn (COT) ialah spesis yang boleh memusnahkan terumbu karang. 

Mussel

Sea urchin

Jadi inilah antara sample yang diambil seperti "crown of torn", mussel" dan "sea urchin" ... Tujuan utama trip ini adalah untuk mengambil spesimen yang tertentu untuk proses pengkajian yang akan dilakukan selanjutnya ... 
Nantikan video di YouTube Haruan sakit Channel ^^,



No comments:

Post a Comment

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...