Saturday, August 1, 2015

Seharian memancing bahagian 1.

31.7.2015 Jumaat

Petang khamis tu si Faiq (member masa kat matrik) dah sampai rumah ...jadi tunggu mubin je nak datang ...tup tup pkul 2 pagi baru sampai ...pastu ambil dia di depan umt ... Sempat lah tido 3 jam lebih ja ... Pagi tu nak dekat pukul 7 pagi dah gerak ke kuala ibai (area rumah member intern) ... Target kat sana ikan bulan lah hehe Awal-awal tu memang frenzy lagi tapi bila dah masuk 8.30 pagi macam tu frenzy bulan dah mula kurang ... Dua kali terlucut dek kerana aksi akrobatik si bulan ni ... Bila dah pukul 9 pagi tu baru pegi lepak-lepak sarapan hehe Lapar kot ~





Bila selesai solat Jumaat kami masih lagi mencari sang bulan ... tapi casting area-area terdekat saja ... tak pergi jauh pun ... Faiq berjaya menghanyirkan ofmer catwalk yg baru dibeli dengan mendapat ikan gerong ... Last sekali haruan sakit (HS) tak tahu la nama ikan ni ... dapat dengan menggunakan soft plastic warna pearl jenama Gerenti strike daripada Kanicen nix hehe ... Bila tengok rupa bentuk muka dah macam ikan siakap dah ... tapi yang pelik ada tanda kat ekor dan sisik lembut ... Jauh beza dari siakap yg kita selalu tengok ... 




Malamnya pulak lepas pergi makan malam rancang nak memancing bersebelahan Masjid Kristal ... tetapi ada program haji pulak ... jadi guard halang jalan dan tak boleh nak mem"bottom" la ... tukar pulak nak mancing di pulau duyong ... sampai ja sana tengok air surut ... Last sekali balik tido je haha Penat weh ~ 

No comments:

Post a Comment

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...