Showing posts with label ikan belida. Show all posts
Showing posts with label ikan belida. Show all posts

Friday, December 4, 2015

Rapala Goldfish (Luka lama berdarah kembali?)

4.12.2015

Terima kasih kepada Komander lemon tea yg bagi hadiah kepada HS sempena hari lahir HS ... Katak jenama Bakau, Hinomiya soft lure dan Rapala goldfish shad rap... Huh, memang umpan yang terbaik untuk menjerat ikan haruan ... Sebenarnya HS dah lama tak casting ikan haruan ni sebab sibuk dengan final year project ... main dengan bacteria ni aduhh penat kot ... tambah-tambah lagi kalau tak menjadi ... But life must go on .. hehe Anggap itu sebagai satu cabaran dalam hidup ... 

Sudah setahun HS kehilangan Rapala Goldfish ni sebab tersangkut dekat pokok ... dan kini ia kembali ke pangkuan hehe ... Dan sudah setahun jugak tak menduga si bongkok dengan goldfish ni ... Adakah luka lama akan berdarah kembali ? Adakah Goldfish masih killer ? Cewahh ... kita nantikan dalam post akan datang ^^,
Terima kasih ... 


Monday, November 30, 2015

Rindu pada si bongkok sudah terlerai.

Sabtu 28.11.2015

Baru je sampai dari trip kelas ke Pahang pukul 11.00 pm (hari jumaat), pagi sabtu pergi cast kejap dengan Arif Aliman (FB) ... Penat jugak la sebab dah berapa jam duduk dalam bas ... Sepanjang perjalanan ke Cherating tu ternampak la port haruan (tengok macam tempat dia ja hehe) ... Dan lalu jugak tempat yang dorg ambil bauksit tu ... jalan jangan cakap la memang merah habis ... 
Ok sambung semula hehe ... Dalam pukul 9 pagi HS bergerak menuju ke lokasi (jangan tanya port kat mana haha) ... Sampai ja kat sana member HS tu dah sampai ... HS pun lama jugak tak jumpa dia ... HS bawak keluar Rapala Hot tiger 5cm sebagai ayam tambatan hihi ... Jadi kami pun casting casting casting dan casting ~ 


"Arip saya g try kat depan sana sat" dan HS pun menuju dengan harapan yg biasa2 ... bukan apa tak nak kecewa nanti hehe ... "haa okay" balas arip ... Masa tu cahaya matahari sangat baik, kira cuaca cerah la tak mendung pun ... lontaran yang pertama dikarau sederhana perlahan ... "dupp"  " ehh sangkut ke ni ? Ah, sentap dulu !!  ... "haaa tali bergerak ke kiri .. yes ikan belida ni !!  Aripp Aripp, fish on !!!!  tak lama lepas tu mula lah si bongkok membuat aksi akrobatik untuk melepaskan diri ... "relax relax jangan bagi dia peluang untuk melompat" HS bermonolog ... dan alhamdulillah ... tak lama lepas tu si bongkok berjaya di daratkan ... 



Thanks Arif for the photo :)
Until we meet again Arif & si bongkok ~

 Like my page here --->  Haruan Sakit Channel

Wednesday, July 8, 2015

Casting ikan baung dan ikan belida. #throwback


Hey there !!  Perasmian Rapala baru dibeli disambut dengan dua ekor ikan baung dan seekor ikan belida ... Agak lama la aku kumpau si belida ni ... tapi akhirnya hari ni tamat sudah kemarau tu ... 






sekian ~





Sunday, July 5, 2015

Casting ikan belida dan ikan haruan. #throwback


21.10.2014

Hari ni belida lapar kot ... aku dengan rashid je ...kesian member baru beli rapala shad rap jugak tapi terlucut gewang la pulak ... 4 kali strike dan sekor terlucut bila lompat ... 2 ekor aku release balik ... amik 2 ekor lagi untuk rasa ja ... dah dapat bonus !!  haruan saiz nak dekat sekilo sekor ...last minit hehe ... Umpan apa guna ?? Macam biasa lah rapala shad rap goldfish ...hehe











esok aku nak pergi desaru mancing .. stay tuned eh korang ...


sekian :)

Casting ikan belida dan ikan baung. #throwback


Ahad 19.10.2014


Ni lah aktiviti orang bujang ( ayat Rashid ) ... dah tak balik cuti midsem seminggu so mancing jela kerjanya haha ... macam biasa lah aku rashid and wan ... 
Mula-mula casting haruan dapat jugak sekor lepas tu bila dah bosan ubah tempat pulak...
curut jer haruan ni ...



Bila ubah ke port kedua pulak aku guna gewang jenis selaman dalam ... tapi tak la dalam sangat ...
Aku guna Rapala shad rap goldfish 5 cm ... First strike aku dapat baung , tak sangka jugak ingat haruan ke apa ...hehe lepas tu second strike dapat belida ...haha new record selama aku kat sini ( rahsia tak leh bagitahu hehe )  .... Jadi hari ni aku dapat 2 ekor ikan baung saiz yang sama dan 2 ekor belida saiz pun lebih kurang sama jugak ...
Masa aku datang kat port tu aku nampak macam encik Ramli , lama sikit baru aku berani nak tegur bukan apa takut tersilap orang ja ... Lama jugak la tak berjumpa dengan en. Ramli tu ...
Kat bawah ni semua gambar berselfie dgn ikan @ ikan nak berselfi dengan aku pun boleh hihi :)











Video :









Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...