Showing posts with label jump frog. Show all posts
Showing posts with label jump frog. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

Casting ikan haruan 1.5kg dan 52cm dengan jump perox ogens


12.9.2015  Sabtu 

huh punya la lama tak update ...adoiy ... haaa kat sini nak cerita sikit kejadian lepas .. waktu ni komplot dengan Muhammad hakim Jaffar (FB) ... panggil hakim je ... hari ni tak ramai yang ada kat port senaijaya ni ... sambaran yang pertama hanya tinggal sisik je kat kita ... aduiy ... sempat jugak la melayan utuk beberapa saat ... lepas tu pufff  terlepas ... *geleng kepala*  Tapi tak apa kita cuba lagi kat tunggul sebelah yg satu lagi tu ... Melayang jump perox hand made by Shahrul ogens lepas daripada tunggul kelapa sawit  ... bila lalu ja tepi tunggul kelapa sawit tu ada gelombang yang ikot dari belakang ... hah ready ready !! aku bermonolog ...  memang tak silap, splashh !!  Yeah strike !! fish on hakim !!
 






layan punya layan, dapat jugak daratkan si haruan ni .. jam masih awal dlm pukul 8.30 a.m ... HS telefon along (komander lemon tea) .. bla bla bla ... jumpa ja along terus pinjam penimbang dan pengukur ... 1.5 kg dan 52 cm jugak haruan ni ... Gemok sebab bunting !! masa dekat port tak ada semua tu jadi bergambar pun guna kaki mcm tu ja huhu 




Dan dilepaskan di port lain agar ada kesinambungan ikan haruan ... semoga kau berjaya menjaga anak-anak tu sampai besar ... bermula dari hari ni lah HS sengaja menamakan port ni Planet Pluto !  haha ^^,


Friday, September 11, 2015

Komplot casting ikan haruan.


11.9.2015 Jumaat

Komplot casting ikan haruan di Senaijaya... Ya, dah lama tak jenguk port puaka ni hehe yelah sebab menjalani latihan praktikal kat Kuala Terengganu ... HS pada mulanya hanya merancang dengan Khairol Majid Boss dan Azhar Baha ... sampai saja kat port tu terjumpa Naim cool dan beberapa orang lagi kawan ... Meriah betul hehe 






Gewang katak yang HS guna adalah jenama Mimix  jenis Nano frog, jump perox ogens, Fixh frog dan Magnum ... Mula-mula sampai tu test guna mimix nano frog dahulu ... Sambaran yang pertama miss called saja .. yang kedua baru nak lekat haaa ... ternyata port puaka ni memang puaka haha ... tau tau jelah sambaran si haruan ni bila guna jump perox ... meletup beb hehe 


Hasil menggunakan Mimix nano frog

Hasil menggunakan Jump Perox Ogens


Yang penting hari ni HS dapat berkomplot dengan sipo-sipo dan secara tak langsung merapatkan ukhwah ...hehe
Bukan senang nak komplot sekali dengan dorang ... Semoga berjumpa lagi ya :)




Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...