Showing posts with label soft frog. Show all posts
Showing posts with label soft frog. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Gewang yang sesuai memancing haruan

 Hi semua, kali ni HS kongsikan kepada anda semua tentang umpan atau gewang yang sesuai untuk memikat si kepala ular ni. Apa yang HS kongsikan adalah gewang yang paling umum untuk memburu ikan haruan. Gewang yang tidak dinyatakan dalam video HS pun boleh digunakan juga untuk memancing haruan contohnya seperti sesudu, popper dan pencil.

Jom tonton video HS. Jangan lupa like, share dan subscribe ya (^^,)
Terima kasih ~



Tuesday, December 22, 2015

Jalan-jalan casting ikan haruan.

20.12.2015 Ahad


Kejadian ni berlaku baru-baru ni ... hari ahad lepas ... tapi hari ni baru ada mood nak menaip hehe Pada awalnya merancang untuk casting haruan di area Pontian dengan Komander lemon tea tetapi pagi tu terima whatsapp bahawa dia kurang sihat. HS dan Shahrul pun mati akal nak pergi ke mana ... Jadi kami pun casting area Kota Tinggi saja ... Alhamdulillah hasil memberangsangkan ... Kami sampai di port dah tengahari jadi memang panas 'hau-hau' bak kata orang utara betul tak ? hehe ... Jadi ada lah kot memancing dalam sejam pastu dah duduk rehat bawah pokok ... lepas zohor kami berkomplot dengan Naim Cool di tempat yg sama ... Masing-masing tak kumpau termasuk naik cool junior ... 




Bila dah beransur petang HS duduk di suatu tempat sambil casting dan baru sedar yg pemandangan masa ni sungguh cantik .. Subahanallah ^^, 
Komplot hari tu HS dapat mendaratkan 2 ekor haruan yg bersaiz sederhana ... Jadilah kan hehe ... Sebenarnya ada video pasal ni semua .. Nantikan ya :) 



Like page Haruan Sakit Channel --->  Haruan Sakit Channel


Terima kasih.

Friday, September 11, 2015

Komplot casting ikan haruan.


11.9.2015 Jumaat

Komplot casting ikan haruan di Senaijaya... Ya, dah lama tak jenguk port puaka ni hehe yelah sebab menjalani latihan praktikal kat Kuala Terengganu ... HS pada mulanya hanya merancang dengan Khairol Majid Boss dan Azhar Baha ... sampai saja kat port tu terjumpa Naim cool dan beberapa orang lagi kawan ... Meriah betul hehe 






Gewang katak yang HS guna adalah jenama Mimix  jenis Nano frog, jump perox ogens, Fixh frog dan Magnum ... Mula-mula sampai tu test guna mimix nano frog dahulu ... Sambaran yang pertama miss called saja .. yang kedua baru nak lekat haaa ... ternyata port puaka ni memang puaka haha ... tau tau jelah sambaran si haruan ni bila guna jump perox ... meletup beb hehe 


Hasil menggunakan Mimix nano frog

Hasil menggunakan Jump Perox Ogens


Yang penting hari ni HS dapat berkomplot dengan sipo-sipo dan secara tak langsung merapatkan ukhwah ...hehe
Bukan senang nak komplot sekali dengan dorang ... Semoga berjumpa lagi ya :)




Monday, June 29, 2015

Tak balik Raya Aidiladha part 3. #throwback

Entry kali ni aku cuma nak kongsi sikit pengalaman aku dengan abah aku memancing haruan masa aku darjah 2 tak silap ... memang best ...
Dulu abah aku bagi rod buluh je kat aku , kalau rod buluh tu tau tau jela kan tak boleh casting pun ... tapi abah aku guna reel la... aku cuma boleh tarik biasa-biasa je ... tapi tu pun boleh dapat gak haruan hehe ...Abah aku ajar kalau rasa ikan makan biar dulu , sampai nampak buih lepas tu baru hook up ... cara ni biasa lah kalau nak mancing haruan kalau guna umpan katak hidup ..
tapi zaman dah berubah dan aku pun sekarang ni guna soft frog je .. aku tak minat sangat guna jump frog bagi aku macam susah je nak dapat strike ..

Ni video yang sempat aku rakam pada petang hari Raya Aidiladha , enjoy :


Memancing ikan tilapia dan ikan haruan. #throwback


Awal sem aku ada masa untuk pergi mancing.. Sebab semua assignment tak menimbun lagi hehe .. Bila aku sampai kat tasik depan pku ja cuaca suram , awan mendung yang menuggu masa untuk meluahkan isi hatinya (tudia ayat) ... ingat nak boleh beberapa ekor ikan lampam tapi baru je labuh umpan hujan dah mula renyai-renyai... 




Jadi kami ( aku , rashid dan wan ) ubah tempat pergi ke fke ... kat situ la port yang tak menghampa kan ...

Baby Tilapia...




Sayangnya katak ni dah tak ada sebab duduk atas pokok ( sangkut ) ...
Aku suka katak jenama FIXH ni ... memang killer ...
Malamnya pula kami sambung mancing kat tasik ilmu tapi tak ada hasil pun ... membangau ke sudah hahaha


Saturday, June 27, 2015

Casting ikan haruan di seremban. #throwback

28.9.2014

Melalui fb jugak aku berkenalan dengan Are Rulz dan ingin berkomplot memancing haruan ... jadi kami tunggu kawan dia yang sorang lagi .. Aku panggil dia acik je ... memang friendly la semua ..hehe
cerita pasal nak pergi ke sana memang mencabar dengan jalan lumpur tanah merah lepas tu dengan kaki aku berdarah ... biasa lah kan huhu
ada lagi part paling sedih , terduduk aku seketika...




Port kat sini memang terbaik ... first time aku tengok port mancing haruan yg best macam ni ... Haruan kat sini cukup garang ...



Reel ajiking ni aku baru angkat tahun ni jugak RM90++ ... tapi apakan daya dah sampai masanya... huhu Reel ni jugak la pernah bawak naik ikan patin Mekong 13 ekor average dalam 6-9kg seekor ...
Sempat aku bawak naik 5 ekor haruan lepas tu duduk nganga jela sembang-sembang dengan acik ...




     

Katak jenama FIXH ni memang best ... Aku baru je beli dekat seremban ni , PD fishing tackle ... tu pun tak banyak stock dah ... Katak Magnum yg aku selalu guna tu ada 1 ja lagi ..kalau tidak banyak ekor sebab yang lain buat souvenir kat rumput huhu


Sekian terima kasih :)


Casting ikan haruan dan toman. #throwback

26.8.2014

Port ni kali ketiga aku pergi... sebelum ni dapat haruan ja .. Hari ni special sikit sebab ada spesis lain yang sudi menyambar ... tak sangka betul aku ..





Katak oren ni sempat menipu dua ekor haruan sebelum bersemadi di dalam kolam tu huhu ..
Aku tak tahu la kenapa boleh putus pulak time aku baling ... aku syak sebab FG knot kot ... tali dia akan bergeser dengan cincin .. sebab dah banyak kali bergeser putus la kot ..


Toman ni aku naikkan dia tanpa guna FG knot .. aku da malas nak buat FG knot masa tu ... tapi nasib baik la tak putus huhu ... kalau tak hilang lagi katak tipu yang baru aku beli ..


Friday, June 26, 2015

Casting ikan haruan di sungai belakang rumah. #throwback




Waktu masa lapang yang aku tak tahu nak buat apa kat rumah jadi aku balik kampung cari ikan haruan lagi ... Mulanya masa raya ke-3 aku casting haruan kat parit bendang kat kampung dapat halus2 je ... tapi saja nak cuba kat sungai pulak .. kebetulan air memang penuh kat sungai tu , memang best untuk casting sebab haruan duduk dalam semak-semak tepi tebing sungai ...




Aku dah beli katak tipu ni sebab tengok dekat Youtube macam best ja ... saja nak try .. Katak tipu ni lagi mudah bila haruan sambar tunggu je 3 4 saat lepas tu sentak la , memang terbaik ... Kalau guna katak biasa memang akan ada bau katak yang buat haruan jadi marah tapi lambat dan kemungkinan ikan haruan tu akan telan ... sebabnya aku tak reti budget masa untuk sentak kalau guna katak hidup .. katak ni murah je dalam Rm7 tak macam Jump Frog yang sekarang tengah popular ...
Katak tipu yang paling killer warna coklat tu ... memang fav. cik ruan : )

Curut ni lepas balik , seronok tengok dia sambar umpan je ... hehe 




Ni yang paling besar pernah aku dapat kat sungai tu ... 





Tiga hari berturut-turut aku casting kat sungai kampung aku hasilnya bolehlah nak dekat 4 kilo haruan ... aku pun pergi la jual kat market kulim , owner tu ambil sekilo rm13 ... jadi aku dapat la Rm50 hari tu... kira duit raya la tu hehe .. Ok la tu kan RM50 sebab aku suka-suka ja daripada buang masa kat benda tak berfaedah : )




Boleh melawat ke Haruan sakit channels di Youtube untuk video kasting haruan. 







Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...