1.8.2015 Sabtu
Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7.00 macam tu dah keluar memancing (tak la awal pagi sangat pun hehe) ... Bila tengok jadual kat tides4fishing.com ikan akan aktif pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 8.00 pagi ... Jadi dengan harapan yang tinggi ingin memikat sang bulan a.k.a tarpon, kami teruskan sesi pagi ni walaupun penat seharian memancing semalam belum hilang lagi ... Tapi pagi ni HS dengan Faiq je, Mubin sambung tidur z z z ~
Sampai ja kat port yang pertama popper disambar kuat oleh sang bulan ... namun tak berjaya solid hook ... Sekali tu jelah letupan dari sang bulan, lepas tu senyap je sampai ke sudah huhu ... Jadi kami ubah pula di port yang ke dua ... Port sama yang dapat ikan nak macam siakap tu ... Dengan menggunakan ofmer catwalk karau secara perlahan tiba-tiba poww !! "Sambaran rakus daripada sang bulan ni yesss" !! bermonolog dalam hati ... dengan tiga kali aksi akrobatik fuhh memang berdebar ... takut-takut terlucut lagi ... layan semampu yang boleh dan akhirnya mendarat jugak ... Jangkaan pertama tadi meleset ... "mak aiy bandang rupanya" !! adrenalin meluru masuk ke setiap saraf yang ada ... "Yeah lesen pertama seumur hidup aku ni Faiq haha ikan bandang ni" ... Senyum sampai ke telinga lah (^^,)
Dan dalam pukul 9.00 a.m. boiling bulan dan bandang dah mula kurang ... Kami ubah buat kali ke tiga ... Kali ni menggunakan Bakau jig 1.5 gram dan karauan yang perlahan dapat menjerat ikan gerong ni ... Selain daripada tu dapat ikan apa entah la ... tak tahu nama huhu ... Kalau pembaca tahu sudilah berkongsi ya nama ikan di bawah ni :)
Last but not least, kami mencuba nasib memancing haruan ... Alhamdulillah dapat jugak merasa karen haruan setelah sekian lama tak merasa hehe ... Dapat dua ekor saiz seperti gambar di bawah ni ...
Di sebelah petang pula Naim (member umt) ajak casting sang bulan di merang ... Apa lagi HS ikut je lah hehe ... Lagipun asyik casting kat tempat yang sama ja kan ... sekali sekala nak jugak ubah angin tu hehe ... HS ternampak sekumpulan anak ikan semilang jadi dengan gatai tangan melemparkan gewang Ultra Light Minnow keluaran rapala ... hehe terlekat jugak sekor kat mata kali ... dan dilepaskan semula ~
Masa ni air makin surut, casting punya casting di tempat yang berbatu tiba-tiba muncul satu sambaran yang rakus ... Rupa-rupanya seekor ikan kerapu yang bersaiz kecil lagi anggaran 200 gram je "Dah jom balik Mubin aku dah dapat ikan" sambil tersengih-sengih ...
Kau buat apa tu Mubin ? haha |
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca :)
Tak pi beraya ker? Hahahaa.. Ke takde jemputan rumah terbuka.. Happy fishing guys.. :D
ReplyDeletehaha Sekarang tengah intern nak g beraya lama2 tak boleh ... hehe
Delete