Showing posts with label ultra light minnow. Show all posts
Showing posts with label ultra light minnow. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Video memancing ikan bulan dan ikan kerapu.

14.8.2015 Jumaat

Jadi seperti yang dijanjikan ni lah videonya ...
Selamat menonton ya (^^,)
Layan betul tarikan ikan bulan ni dengan menggunakan set ultralight. :) 



Tuesday, August 11, 2015

Seharian memancing part 3.

7.8.2015  Jumaat 

Pagi-pagi dah siap-siap nak keluar casting... Pukul 7.00 pagi dah tiba di lokasi ... Best pergi memancing awal-awal pagi ni ... Tahu sebab apa ? haa sebab dapat lihat keindahan ciptaan Tuhan ... macam gambar kat bawah ni la hehe ... Eh hari jumaat kan ? Jangan lupa perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W ...





Terasa segar pagi ni ... Ombak memecah kesunyian di waktu pagi ni dan masih lagi menghempas pantai dengan lembut ... Sementara tunggu naim HS casting dulu ... warm up la katakan hehe Dalam tengah baling-baling tu ada satu sambaran dengan menggunakan Rapala ultra light minnow ... "ahhhh ni mesti kerapu ni, yess" bermonolog sendiri ... Tetapi bila sampai ke tebing ja nampak putih ja ... "eh ikan apa ni , pernah tengok tapi tak tahu la nama sebenar" ... Kemudian hantar gambar kat abah .. Abah cakap ikan plata bali ... ooo baru ku tahu hehe ... Ambil gambar dua tiga kali dan lepas semula ... kecil sangat nak buat lauk pun hehe 


Dan akhirnya terima panggilan daripada naim ... Jadi ubah tempat lah HS pun ... Dekat kawasan berbatu sikit dapat banyak strike daripada kerapu bintik yang bersaiz kecil ... Naim je yang dapat masa ni hehe ... HS tak berjaya mendaratkan spesis kerapu tu ... Ada la dalam 15 minit casting di spot berbatu tu dan kami ubah ke spot yang dekat dengan lapangan terbang Kuala Terengganu ... Keputusannya dua-dua kumpau haha Akhir sekali naim ajak casting di port yang terakhir pada pagi tu ... HS dapat memujuk sang bulan ke riba dan spesis marble goby dengan menggunakan mini minnow jenama trulinoya hehe Tak berani ooo nak guna rapala kat tempat ni ... kalau sangkut naya ja huhu 




Petang selepas solat Jumaat kawan IMB ajak ke rumah terbuka salah seorang staff IMB di Wakaf Tapai ... Habis je makan-makan kami bergerak balik ... dalam perjalanan pulang tu hujan lebat menemani kami ... "macam mana nak mancing satgi ni" bisik hati kecil HS ... Tapi sampai je kat rumah cuaca nampak cerah area-area Merang tu ... Jadi komplot dengan naim petang ni jadi la hehe Dan macam biasa lah Naim je yang dapat landed sang bulan ni ... HS cuma dapat melayan kerenah sang bulan beberapa saat saja sebelum terlucut akibat aksi akrobatiknya ... 



Sekian terima kasih :)
Nantikan videonya ya di YouTube Haruan Sakit ... 

Monday, August 10, 2015

Casting ikan Bulan a.k.a Tarpon fish di Merang.

5.8.2015 Rabu
Petang tu selepas balik je dari kerja, badan masih lagi rasa lenguh-lenguh dek kerana sampling di Pulau Bidong... Masa awal tu naim ada ajak pergi casting bulan HS pun on saja ... Sebelum pergi tu singgah kedai peralatan memancing depan UniSZA untuk membeli gewang hehe ... untuk memikat sang bulan jugak ... Jadi HS pun bergerak ke rumah naim sebaik sahaja membeli gewang tersebut ... Handle minyak motor GT128 dipulas sehabis boleh hehe (jangan buat macam ni nahhh) ... maklumlah habis kerja pkul 5 ... nak balik rumah lagi pergi kedai lagi hehe ... Bila sampai ja kat sana langit belum menunjukkan tanda-tanda "moody" ...



                                      

Dengan tiba-tiba muncul satu awan hitam yang datangnya dari arah laut menghala ke pantai ... Fuhh , angin dia memang kuat ... 
"Angin dari laut memang kuat sebab tak ada halangan apa pun, kalau angin dari darat ke laut tu tak kuat sangat sebab ada halangan macam bukit-bukit dan bangunan" ujar naim ... Ada lah dalam 20 minit macam tu angin pun mulai reda ... tetapi masih sukar jugak untuk melempar gewang ... Yelah masa ni pun guna gewang jenis mikro kan ... ringan dan mudah ditiup angin ... Apabila cahaya kian hilang naim berjaya mendaratkan dua ekor sang bulan dengan menggunakan jighead jenama Bakau 5.0 gram dan sotong (tak ingat pulak jenama apa) fluorescent ... Tahniah ^^,
Hari sebelumnya naim dapat memikat sang bulan yang bersaiz sekilo ... waw, memang layan la dengan set Ultra light hehe ...




Selfi dulu dua tiga gambar lepas tu kami bertolak balik ... Sekian terima kasih ^^,






Sunday, August 2, 2015

Seharian memancing bahagian 2.


1.8.2015 Sabtu 

Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7.00 macam tu dah keluar memancing (tak la awal pagi sangat pun hehe) ... Bila tengok jadual kat tides4fishing.com ikan akan aktif pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 8.00 pagi ... Jadi dengan harapan yang tinggi ingin memikat sang bulan a.k.a tarpon, kami teruskan sesi pagi ni walaupun penat seharian memancing semalam belum hilang lagi ... Tapi pagi ni HS dengan Faiq je, Mubin sambung tidur z z z ~



Sampai ja kat port yang pertama popper disambar kuat oleh sang bulan ... namun tak berjaya solid hook ... Sekali tu jelah letupan dari sang bulan, lepas tu senyap je sampai ke sudah huhu ... Jadi kami ubah pula di port yang ke dua ... Port sama yang dapat ikan nak macam siakap tu ... Dengan menggunakan ofmer catwalk karau secara perlahan tiba-tiba poww !! "Sambaran rakus daripada sang bulan ni yesss" !!  bermonolog dalam hati ... dengan tiga kali aksi akrobatik fuhh memang berdebar ... takut-takut terlucut lagi ... layan semampu yang boleh dan akhirnya mendarat jugak ... Jangkaan pertama tadi meleset ... "mak aiy bandang rupanya" !! adrenalin meluru masuk ke setiap saraf yang ada ... "Yeah lesen pertama seumur hidup aku ni Faiq haha ikan bandang ni"  ... Senyum sampai ke telinga lah (^^,) 




Dan dalam pukul 9.00 a.m. boiling bulan dan bandang dah mula kurang ... Kami ubah buat kali ke tiga ... Kali ni menggunakan Bakau jig 1.5 gram dan karauan yang perlahan dapat menjerat ikan gerong ni ... Selain daripada tu dapat ikan apa entah la ... tak tahu nama huhu ... Kalau pembaca tahu sudilah berkongsi ya nama ikan di bawah ni  :) 




Last but not least, kami mencuba nasib memancing haruan ... Alhamdulillah dapat jugak merasa karen haruan setelah sekian lama tak merasa hehe ... Dapat dua ekor saiz seperti gambar di bawah ni ... 





Di sebelah petang pula Naim (member umt) ajak casting sang bulan di merang ... Apa lagi HS ikut je lah hehe ... Lagipun asyik casting kat tempat yang sama ja kan ... sekali sekala nak jugak ubah angin tu hehe ... HS ternampak sekumpulan anak ikan semilang jadi dengan gatai tangan melemparkan gewang Ultra Light Minnow keluaran rapala ... hehe terlekat jugak sekor kat mata kali ... dan dilepaskan semula ~ 




Masa ni air makin surut, casting punya casting di tempat yang berbatu tiba-tiba muncul satu sambaran yang rakus ... Rupa-rupanya seekor ikan kerapu yang bersaiz kecil lagi anggaran 200 gram je  "Dah jom balik Mubin aku dah dapat ikan" sambil tersengih-sengih ... 


Kau buat apa tu Mubin ? haha 
Bila matahari dah tenggelam sikit baru ada boiling sang bulan di tempat kami casting ... HS dan naim pun apa lagi try la casting kat boiling tu ... tapi kejap je boiling sang bulan di sini ... Dalam tengah karau tu tiba-tiba ryojin berbunyi nyaring "kringgg~"  ... Perghh padu betul masa sang bulan ni sambar gewang ... dapat la layan dalam 30 saat ja lepas tu terlucut ... Sambaran kali ke dua pun sama ... Naim sempat lagi dapat baby GT, saiz lebih kurang besar tapak tangan dengan menggunakan jighead dan soft plastic ... Tak kumpau la tu heheh ... Kemudian, boiling bulan pun dah susah nak nampak ... Bila sampai rumah basuh gewang semua baru perasan yang mata kail kat ultra light minnow ni dah kangkang ... Tak apa, tunggu hujung minggu nanti ye sang bulan hehe


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca :) 





Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...