Tuesday, August 11, 2015

Seharian memancing part 3.

7.8.2015  Jumaat 

Pagi-pagi dah siap-siap nak keluar casting... Pukul 7.00 pagi dah tiba di lokasi ... Best pergi memancing awal-awal pagi ni ... Tahu sebab apa ? haa sebab dapat lihat keindahan ciptaan Tuhan ... macam gambar kat bawah ni la hehe ... Eh hari jumaat kan ? Jangan lupa perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W ...





Terasa segar pagi ni ... Ombak memecah kesunyian di waktu pagi ni dan masih lagi menghempas pantai dengan lembut ... Sementara tunggu naim HS casting dulu ... warm up la katakan hehe Dalam tengah baling-baling tu ada satu sambaran dengan menggunakan Rapala ultra light minnow ... "ahhhh ni mesti kerapu ni, yess" bermonolog sendiri ... Tetapi bila sampai ke tebing ja nampak putih ja ... "eh ikan apa ni , pernah tengok tapi tak tahu la nama sebenar" ... Kemudian hantar gambar kat abah .. Abah cakap ikan plata bali ... ooo baru ku tahu hehe ... Ambil gambar dua tiga kali dan lepas semula ... kecil sangat nak buat lauk pun hehe 


Dan akhirnya terima panggilan daripada naim ... Jadi ubah tempat lah HS pun ... Dekat kawasan berbatu sikit dapat banyak strike daripada kerapu bintik yang bersaiz kecil ... Naim je yang dapat masa ni hehe ... HS tak berjaya mendaratkan spesis kerapu tu ... Ada la dalam 15 minit casting di spot berbatu tu dan kami ubah ke spot yang dekat dengan lapangan terbang Kuala Terengganu ... Keputusannya dua-dua kumpau haha Akhir sekali naim ajak casting di port yang terakhir pada pagi tu ... HS dapat memujuk sang bulan ke riba dan spesis marble goby dengan menggunakan mini minnow jenama trulinoya hehe Tak berani ooo nak guna rapala kat tempat ni ... kalau sangkut naya ja huhu 




Petang selepas solat Jumaat kawan IMB ajak ke rumah terbuka salah seorang staff IMB di Wakaf Tapai ... Habis je makan-makan kami bergerak balik ... dalam perjalanan pulang tu hujan lebat menemani kami ... "macam mana nak mancing satgi ni" bisik hati kecil HS ... Tapi sampai je kat rumah cuaca nampak cerah area-area Merang tu ... Jadi komplot dengan naim petang ni jadi la hehe Dan macam biasa lah Naim je yang dapat landed sang bulan ni ... HS cuma dapat melayan kerenah sang bulan beberapa saat saja sebelum terlucut akibat aksi akrobatiknya ... 



Sekian terima kasih :)
Nantikan videonya ya di YouTube Haruan Sakit ... 

2 comments:

  1. Suami minat jugak memancing ni..tp tak pernah dpt ikan.hehehe..ikan takut kat dia kot.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo hehe xpa ... kalau kena tempat kena teknik memancing tu insyaAllah ada rezeki utk dibawa pulang ^^,

      Delete

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...