Hi semua, dalam video ni HS ada tunjuk cara yang paling mudah nak buat perambut casting. Perambut casting ni yg HS guna. Bukan apa, kadang kalau guna single hook ikan siakap merah/mangrove jack suka curi umpan. Dia ambil umpan betul-betul kat bahagian yg tak ada matakail haha. Selamat mencuba ya !
Showing posts with label fishing. Show all posts
Showing posts with label fishing. Show all posts
Wednesday, July 11, 2018
cara mudah ikat perambut casting untuk kolam
Hi semua, dalam video ni HS ada tunjuk cara yang paling mudah nak buat perambut casting. Perambut casting ni yg HS guna. Bukan apa, kadang kalau guna single hook ikan siakap merah/mangrove jack suka curi umpan. Dia ambil umpan betul-betul kat bahagian yg tak ada matakail haha. Selamat mencuba ya !
Thursday, March 30, 2017
Gewang yang sesuai memancing haruan
Hi semua, kali ni HS kongsikan kepada anda semua tentang umpan atau gewang yang sesuai untuk memikat si kepala ular ni. Apa yang HS kongsikan adalah gewang yang paling umum untuk memburu ikan haruan. Gewang yang tidak dinyatakan dalam video HS pun boleh digunakan juga untuk memancing haruan contohnya seperti sesudu, popper dan pencil.
Jom tonton video HS. Jangan lupa like, share dan subscribe ya (^^,)
Terima kasih ~
Terima kasih ~
Wednesday, January 20, 2016
Review tentang Jack Lure jenis sinking.
21.1.2016 Thursday
Beberapa hari lepas HS berkesempatan untuk casting ikan baung ... HS menggunakan Jack lure jenis sinking 5 cm 5 gram .. Jadi disini HS nak kongsi sedikit tentang cara HS retrieve gewang Jack Lure tu ... HS akan bagi masa dalam 10 saat biar gewang tu tenggelam (bergantung kepada tempat, dalam atau tak) dan mula karau dan diselang seli dengan jerk 3 kali ... karau sikit dan jerk 3 kali ... dan begitulah sampai beroleh hasil :)
Masa mula-mula guna Jack lure ni terlepas baung .. dah sampai tepi dah .. sekali dia libas, habis ..haha tak ada rezeki agaknya ... maklum lah HS tak berapa yakin lagi dengan single hook ni ... Sebenarnya warna 'colourless' (seperti gambar di bawah) memang killer .. bak kata Komander Lemon Tea "warna yg seakan-akan udang atau anak ikan" ... Jadi memang sesuai digunakan untuk ikan pemangsa seperti Peacock Bass (PB), ikan haruan, ikan baung dan banyak lagi ...
Berminat boleh contact ---> Jamal Assaqauf
Berminat boleh contact ---> Jamal Assaqauf
Terima kasih ^^,
Like page ---> Haruan Sakit Channel
Tuesday, January 19, 2016
Ultralight di kolam Megatron Kulai
20.1.2016 Wednesday
Fuhh setelah lama tak menaip akibat sibuk dengan final exam ..dan sekarang ni tengah buat part time sikit ... Baru jugak siapkan video memancing di kolam megatron Kulai .. dah lama peram sebenarnya haha .. HS pergi dengan geng Finesse Angler ... Sehari jugak lah casting hari tu .. Set yg kami gunakan masa tu ialah set ringan/ Ultralight .. Dan berkesempatan jugak lah jumpa trend setter ultralight kat Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Kanicen nix hehe
Enjoy :)
Ada lagi sambungan di bahagian kedua nanti ...tunggu ya :)
Like page --> Haruan Sakit channel
Tuesday, December 15, 2015
Hasil soft plastic dengan menggunakan teknik Texas Rig.
15.12.2015 Selasa
okay kali ni HS nak kongsi beberapa gambar strike dengan menggunakan teknik Texas Rig ni ... Sebelum ni HS pernah nampak orang menggunakan teknik ni kerana sesuai dengan menggunakan soft plastic ... Orang yg mendedahkan teknik ni dalam news feed facebook HS adalah Amirul Irfan (Youtube: Swimbait Freak) ... banyak yg dia post hasil daripada menggunakan soft plastic untuk menjerat ikan haruan ni ... tapi masa tu HS tengah seronok layan menggunakan soft frog, jadi tak layan sangat dengan soft plastic ni ... HS lebih seronok menggunakan top water lure kerana teruja saat haruan menghentam gewang ... dan orang yg mengubah HS untuk menggunakan teknik ni adalah Wan Riduan (FB) ... bila tengok brother ni menggunakan soft plastic, hasilnya boleh tahan ... dari situ bermula rasa ingin mencuba sesuatu yg baru ... iaitu Texas Rig ... Lagipun dek kekurangan modal untuk membeli spinner bait yg asyik sangkut di dasar, jadi HS cuba menggunakan soft plastic ...
Gambar ni adalah strike pertama yg HS perolehi hasil dengan menggunakan soft plastic jenama Hinomiya warna hitam putih ... Telan sampai ke tekak soft plastic tu hehe ... dan di bawah ni adalah hasil dengan menggunakan pelbagai warna soft plastic ...
Rekod setakat ni dengan menggunakan soft plastic adalah 2.1 kg ... Tight lines !!
Jangan lupa like page Haruan Sakit ---> Haruan Sakit Channel
Saturday, December 5, 2015
Casting ikan baung (Luka lama berdarah kembali).
5.12.2015 Sabtu
Pasti tertanya-tanya kan kenapa luka lama berdarah kembali ? Haa, macam ni cerita dia ... Sebenarnya dah setahun tak casting ikan baung ni ... bukan apa sebab malas nak mencari dan harap populasi ikan ni bertambah dan kembali pulih ... sekarang ni casting sampai lenguh bahu pun belum tentu boleh dapat ... Setahun yg lepas senang-senang je 2 3 ekor ... Alhamdulillah, rezeki nak dapat hari ni ... HS lupa nak bawak Rapala Goldfish yg baru tu ... dah sampai port baru teringat tertinggal dalam bilik ... Tapi tak apa, guna jelah apa yang ada dalam tackle box (Rapala Hot Tiger) ... Matahari dah mula meninggi ... "okay lah baling dua tiga kali pastu cari tempat teduh lah" ... Dalam leka mengarau umpan tiba-tiba entah dari mana munculnya ikan tu, drang pun berbunyi zinggg ~~~
Hah, "ni mesti baung ni" "eh ke ikan haruan ah?" ... tapi ikan haruan bukan main sambar macam tu .. Ternyata tekaan tidak silap... Genus Hemibagrus terkulai depan mata ... "haha luka lama berdarah kembali, lama tak jumpa hang" !! ... Balik dengan senyuman meleret ^^,
Terima kasih ~
Like page Haruan Sakit di FB --> Haruan Sakit Channel
Monday, November 30, 2015
Rindu pada si bongkok sudah terlerai.
Sabtu 28.11.2015
Baru je sampai dari trip kelas ke Pahang pukul 11.00 pm (hari jumaat), pagi sabtu pergi cast kejap dengan Arif Aliman (FB) ... Penat jugak la sebab dah berapa jam duduk dalam bas ... Sepanjang perjalanan ke Cherating tu ternampak la port haruan (tengok macam tempat dia ja hehe) ... Dan lalu jugak tempat yang dorg ambil bauksit tu ... jalan jangan cakap la memang merah habis ...
Ok sambung semula hehe ... Dalam pukul 9 pagi HS bergerak menuju ke lokasi (jangan tanya port kat mana haha) ... Sampai ja kat sana member HS tu dah sampai ... HS pun lama jugak tak jumpa dia ... HS bawak keluar Rapala Hot tiger 5cm sebagai ayam tambatan hihi ... Jadi kami pun casting casting casting dan casting ~
"Arip saya g try kat depan sana sat" dan HS pun menuju dengan harapan yg biasa2 ... bukan apa tak nak kecewa nanti hehe ... "haa okay" balas arip ... Masa tu cahaya matahari sangat baik, kira cuaca cerah la tak mendung pun ... lontaran yang pertama dikarau sederhana perlahan ... "dupp" " ehh sangkut ke ni ? Ah, sentap dulu !! ... "haaa tali bergerak ke kiri .. yes ikan belida ni !! Aripp Aripp, fish on !!!! tak lama lepas tu mula lah si bongkok membuat aksi akrobatik untuk melepaskan diri ... "relax relax jangan bagi dia peluang untuk melompat" HS bermonolog ... dan alhamdulillah ... tak lama lepas tu si bongkok berjaya di daratkan ...
Thanks Arif for the photo :)
Until we meet again Arif & si bongkok ~
Like my page here ---> Haruan Sakit Channel
Thursday, August 27, 2015
Casting siakap merah dan ikan bulan di Terengganu.
26.8.2015 Rabu
Petang lepas balik dari kerja terus gerak ke merang ... setelah hampir seminggu lebih tak pegang joran sebab sibuk dengan praktikal jadi petang ni gerak hati nak ke sana ... dengan motor kapcai HS pun pulas minyak sampai habis haha ... gerak dari rumah pukul 5.38 pm dan sampai sana pukul 6.00 pm ... Sunyi saja hanya HS seorang kat situ ...
Bila sampai ja kat tepi tebing nampak ikan belanak dan ikan kitang ... ada juga beberapa spesis yang lain ... Balingan popper jenama Anyfish kali kedua disambar rakus ... Ikan talang ke ni ? ikan kekacang ke ni ? tak terfikir langsung pasal ikan bulan ni hehe ... Bila dah sampai ke tepi maka tahulah ianya bukan ikan talang mahupun ikan kekacang ... tapi tak apa, janji strike !!
Selang beberapa minit kawan HS pun sampai .. tetapi tidak memancing pun ... hanya untuk bersantai dan lepak petang ... Syahmi, Sue dan Ari ... Cara menggayakan popper yang saya gunakan ialah dengan menghenjut sebanyak dua kali dan berhenti ... begitulah seterusnya ... Bila jam menunjukkan pukul 7 pm jadi di dalam hati berbisik "okay, 10 minit lagi" hehe
Tak sia-sia 10 minit tu hehe ... berjaya jugak mendaratkan siakap merah ataupun Mangrove jack yang bersaiz kecil ... Liar punya ni hehe bukan kolam ... Yup yang ni sekali lagi menggunakan gewang popper jenama Anyfish :)
Sekali dia sambar, laju je tali keluar sebab drag yang tak dikunci ketat ni .. fuhh memang power ikan ni walaupun bersaiz kecil ...
Sekali dia sambar, laju je tali keluar sebab drag yang tak dikunci ketat ni .. fuhh memang power ikan ni walaupun bersaiz kecil ...
Terima kasih kepada Syahmi, Sue dan Ari sebab teman HS memancing hehe
tak lupa juga Terima kasih kepada pembaca blog ni ^^,
tak lupa juga Terima kasih kepada pembaca blog ni ^^,
Tuesday, August 11, 2015
Seharian memancing part 3.
7.8.2015 Jumaat
Pagi-pagi dah siap-siap nak keluar casting... Pukul 7.00 pagi dah tiba di lokasi ... Best pergi memancing awal-awal pagi ni ... Tahu sebab apa ? haa sebab dapat lihat keindahan ciptaan Tuhan ... macam gambar kat bawah ni la hehe ... Eh hari jumaat kan ? Jangan lupa perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W ...
Terasa segar pagi ni ... Ombak memecah kesunyian di waktu pagi ni dan masih lagi menghempas pantai dengan lembut ... Sementara tunggu naim HS casting dulu ... warm up la katakan hehe Dalam tengah baling-baling tu ada satu sambaran dengan menggunakan Rapala ultra light minnow ... "ahhhh ni mesti kerapu ni, yess" bermonolog sendiri ... Tetapi bila sampai ke tebing ja nampak putih ja ... "eh ikan apa ni , pernah tengok tapi tak tahu la nama sebenar" ... Kemudian hantar gambar kat abah .. Abah cakap ikan plata bali ... ooo baru ku tahu hehe ... Ambil gambar dua tiga kali dan lepas semula ... kecil sangat nak buat lauk pun hehe
Dan akhirnya terima panggilan daripada naim ... Jadi ubah tempat lah HS pun ... Dekat kawasan berbatu sikit dapat banyak strike daripada kerapu bintik yang bersaiz kecil ... Naim je yang dapat masa ni hehe ... HS tak berjaya mendaratkan spesis kerapu tu ... Ada la dalam 15 minit casting di spot berbatu tu dan kami ubah ke spot yang dekat dengan lapangan terbang Kuala Terengganu ... Keputusannya dua-dua kumpau haha Akhir sekali naim ajak casting di port yang terakhir pada pagi tu ... HS dapat memujuk sang bulan ke riba dan spesis marble goby dengan menggunakan mini minnow jenama trulinoya hehe Tak berani ooo nak guna rapala kat tempat ni ... kalau sangkut naya ja huhu
Petang selepas solat Jumaat kawan IMB ajak ke rumah terbuka salah seorang staff IMB di Wakaf Tapai ... Habis je makan-makan kami bergerak balik ... dalam perjalanan pulang tu hujan lebat menemani kami ... "macam mana nak mancing satgi ni" bisik hati kecil HS ... Tapi sampai je kat rumah cuaca nampak cerah area-area Merang tu ... Jadi komplot dengan naim petang ni jadi la hehe Dan macam biasa lah Naim je yang dapat landed sang bulan ni ... HS cuma dapat melayan kerenah sang bulan beberapa saat saja sebelum terlucut akibat aksi akrobatiknya ...
Sekian terima kasih :)
Nantikan videonya ya di YouTube Haruan Sakit ...
Nantikan videonya ya di YouTube Haruan Sakit ...
Monday, August 10, 2015
Casting ikan Bulan a.k.a Tarpon fish di Merang.
5.8.2015 Rabu
Petang tu selepas balik je dari kerja, badan masih lagi rasa lenguh-lenguh dek kerana sampling di Pulau Bidong... Masa awal tu naim ada ajak pergi casting bulan HS pun on saja ... Sebelum pergi tu singgah kedai peralatan memancing depan UniSZA untuk membeli gewang hehe ... untuk memikat sang bulan jugak ... Jadi HS pun bergerak ke rumah naim sebaik sahaja membeli gewang tersebut ... Handle minyak motor GT128 dipulas sehabis boleh hehe (jangan buat macam ni nahhh) ... maklumlah habis kerja pkul 5 ... nak balik rumah lagi pergi kedai lagi hehe ... Bila sampai ja kat sana langit belum menunjukkan tanda-tanda "moody" ...

Dengan tiba-tiba muncul satu awan hitam yang datangnya dari arah laut menghala ke pantai ... Fuhh , angin dia memang kuat ...
"Angin dari laut memang kuat sebab tak ada halangan apa pun, kalau angin dari darat ke laut tu tak kuat sangat sebab ada halangan macam bukit-bukit dan bangunan" ujar naim ... Ada lah dalam 20 minit macam tu angin pun mulai reda ... tetapi masih sukar jugak untuk melempar gewang ... Yelah masa ni pun guna gewang jenis mikro kan ... ringan dan mudah ditiup angin ... Apabila cahaya kian hilang naim berjaya mendaratkan dua ekor sang bulan dengan menggunakan jighead jenama Bakau 5.0 gram dan sotong (tak ingat pulak jenama apa) fluorescent ... Tahniah ^^,
Hari sebelumnya naim dapat memikat sang bulan yang bersaiz sekilo ... waw, memang layan la dengan set Ultra light hehe ...
Selfi dulu dua tiga gambar lepas tu kami bertolak balik ... Sekian terima kasih ^^,
Wednesday, July 8, 2015
Casting ikan baung dan ikan belida. #throwback
Hey there !! Perasmian Rapala baru dibeli disambut dengan dua ekor ikan baung dan seekor ikan belida ... Agak lama la aku kumpau si belida ni ... tapi akhirnya hari ni tamat sudah kemarau tu ...
sekian ~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lama tak bersua
Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...
-
Isnin 20.7.2015 Sebelum balik ke Terengganu untuk meneruskan latihan industri abah sempat belanja trip memancing di jambatan Pulau Pinang...
-
Fuhh banyak betul nama untuk ikan ni ... sekali tengok memang la macam anak ikan todak pun ada ... Tapi bila dah dapat pancing rupa-rup...
-
28.9.2014 Melalui fb jugak aku berkenalan dengan Are Rulz dan ingin berkomplot memancing haruan ... jadi kami tunggu kawan dia yang sor...























