Tuesday, December 22, 2015

Jalan-jalan casting ikan haruan.

20.12.2015 Ahad


Kejadian ni berlaku baru-baru ni ... hari ahad lepas ... tapi hari ni baru ada mood nak menaip hehe Pada awalnya merancang untuk casting haruan di area Pontian dengan Komander lemon tea tetapi pagi tu terima whatsapp bahawa dia kurang sihat. HS dan Shahrul pun mati akal nak pergi ke mana ... Jadi kami pun casting area Kota Tinggi saja ... Alhamdulillah hasil memberangsangkan ... Kami sampai di port dah tengahari jadi memang panas 'hau-hau' bak kata orang utara betul tak ? hehe ... Jadi ada lah kot memancing dalam sejam pastu dah duduk rehat bawah pokok ... lepas zohor kami berkomplot dengan Naim Cool di tempat yg sama ... Masing-masing tak kumpau termasuk naik cool junior ... 




Bila dah beransur petang HS duduk di suatu tempat sambil casting dan baru sedar yg pemandangan masa ni sungguh cantik .. Subahanallah ^^, 
Komplot hari tu HS dapat mendaratkan 2 ekor haruan yg bersaiz sederhana ... Jadilah kan hehe ... Sebenarnya ada video pasal ni semua .. Nantikan ya :) 



Like page Haruan Sakit Channel --->  Haruan Sakit Channel


Terima kasih.

Tuesday, December 15, 2015

Hasil soft plastic dengan menggunakan teknik Texas Rig.

15.12.2015 Selasa


okay kali ni HS nak kongsi beberapa gambar strike dengan menggunakan teknik Texas Rig ni ... Sebelum ni HS pernah nampak orang menggunakan teknik ni kerana sesuai dengan menggunakan soft plastic ... Orang yg mendedahkan teknik ni dalam news feed facebook HS adalah Amirul Irfan (Youtube: Swimbait Freak) ... banyak yg dia post hasil daripada menggunakan soft plastic untuk menjerat ikan haruan ni ... tapi masa tu HS tengah seronok layan menggunakan soft frog, jadi tak layan sangat dengan soft plastic ni ... HS lebih seronok menggunakan top water lure kerana teruja saat haruan menghentam gewang ... dan orang yg mengubah HS untuk menggunakan teknik ni adalah Wan Riduan (FB) ... bila tengok brother ni menggunakan soft plastic, hasilnya boleh tahan ... dari situ bermula rasa ingin mencuba sesuatu yg baru ... iaitu Texas Rig ... Lagipun dek kekurangan modal untuk membeli spinner bait yg asyik sangkut di dasar, jadi HS cuba menggunakan soft plastic ... 


Gambar ni adalah strike pertama yg HS perolehi hasil dengan menggunakan soft plastic jenama Hinomiya warna hitam putih ... Telan sampai ke tekak soft plastic tu hehe ... dan di bawah ni adalah hasil dengan menggunakan pelbagai warna soft plastic ...










Rekod setakat ni dengan menggunakan soft plastic adalah 2.1 kg ... Tight lines !! 


Jangan lupa like page Haruan Sakit ---> Haruan Sakit Channel




Monday, December 14, 2015

Cara memasang worm hook pada soft plastic.

14.12.2015 Isnin

Kali ni HS nak kongsikan cara bagaimana nak setup matakail dengan soft plastic ... Ikut langkah-langkah dari atas ni sehingga ke bawah ... Ada banyak jenis Worm hook di pasaran sekarang ni ... ada yg dah siap sinker dekat matakail tu ... fungsi sinker ni nak bagi soft plastic tu cepat turun ke dasar ... 


Step 1

 Step 2
Cucuk matakail pada tengah-tengah di hujung soft plastic ... 

Step 3 
Tembuskan matakail sedikit dalam dan keluarkan pada sisi soft plactic ...

Step 4
Ukur panjang matakail pada soft plastic ... Seperti contoh di atas, ambil line merah sebagai penanda untuk cucuk matakail ... 


 Step 5
Masukkan matakail dan adjust agar soft plastic tidak bengkok dan boleh mencacatkan gaya renangannya ...

 Step 6



Mudah je kan ?  Jenis worm hook yang tak ada sinker ni selalunya kena letak sinker (batu ladung) sebelum swivel ... jadi sinker tu biar boleh bergerak ... senang kata macam batu ladung hidup la ... tapi ada jugak yg letak stopper sebab tak nak batu ladung tu bergerak ...  Teknik ni (Texas rig) saya guna untuk menggoda ikan haruan yg bermain di dasar ... Maaf kalau ada yg kurang ... Selamat mencuba  ^^,   ... Tight lines !

Like page Haruan Sakit -->  Haruan Sakit Channel




Thursday, December 10, 2015

Trip memancing ikan Tenggiri, Talang, Cencaru dan Pecah Periuk.

12.4.2015 Ahad

Alhamdulillah merasa jugak aku untuk memancing tenggiri ..Thanks kepada abah yang sponsor hehe.
Kami naik dijeti Teluk Bayu Sungai Petani Kedah. Dengan tekong awang, ramah orangnya. Trip kali ni aku sempat merasa 'fight' daripada ikan pecah periuk @ patipok. Rod 10-20 lb melentok tak terkira menahan asakan daripada patipok ni. Dengan menggunakan perambut 60lb (agar tidak mudah putus) dan batu ladung yg bersaiz kecil berumpankan kepala ikan temenung aku berjaya mendaratkan patipok ni. Sungguh teruja buat masa itu, maklumlah lesen pertama seumur hidup hehe.


Like page Haruan Sakit Channel -->  Haruan Sakit channel


Dalam tengah sibuk casting tenggiri tiba-tiba ternampak bayangan sotong ni. Disebabkan dah malas nak casting jadi bertukar ke memancing sotong dengan menggunakan jig sotong yg berbentuk udang. 



Penghuni di dasar kurang menjamah umpan yang kami hulurkan. Hanya talang dan cencaru sahaja yang rajin menjamah apollo yang kami beri. 



selamat menonton video : 






Tuesday, December 8, 2015

Casting ikan baung 1.1 kg.


8.12.2015 Selasa

Tak ku sangka, si kuning ni yang menyambar gewang ... niat hati nak mencari si bongkok ... tapi tak kesampaian ... hanya dapat lihat si bongkok tu "boiling" ja ... Kita sebenarnya tak tahu ikan apa yg akan menyambar gewang kita ... HS hanya baling dan karau ...bergantung kepada tempat jugak lah ... rezeki menyebelahi HS kali ni ... si kuning yg mencecah 1.1 kg dapat didaratkan dengan menggunakan set ultralight ... HS tak menggunakan shock leader pun ... terus direct mainline stren monofilament 6lb ... Mula-mula dia sambar tu memang rakus ... keluar jugak la drag sienna tu ... tapi HS kunci drag ketat sikit ... HS ingat ikan haruan dah ... tapi haruan kalau sambar gewang tak rakus sangat ... Paling tak pun kita akan rasa 'dup' di hujung tali hehe 




Dan HS sempat edit sikit gambar ni hehe ... tak ada apa pun... cuba untuk mencari kelainan haha

Tight line guys :)
Happy fishing ...


Like page Haruan sakit --> Haruan Sakit Channel

Monday, December 7, 2015

Rapala Goldfish dah hanyir.

7.12.2015 Isnin




Petang ni nak keluar kejap lah, nak menghanyirkan gewang yg baru keluar dari kotak ...hehe Dan hasilnya alhamdulillah ada jugak strike dari baby baung ni ... jadilah ~~ 

Saturday, December 5, 2015

Casting ikan baung (Luka lama berdarah kembali).


5.12.2015 Sabtu

Pasti tertanya-tanya kan kenapa luka lama berdarah kembali ? Haa, macam ni cerita dia ... Sebenarnya dah setahun tak casting ikan baung ni ... bukan apa sebab malas nak mencari dan harap populasi ikan ni bertambah dan kembali pulih ... sekarang ni casting sampai lenguh bahu pun belum tentu boleh dapat ... Setahun yg lepas senang-senang je 2 3 ekor ... Alhamdulillah, rezeki nak dapat hari ni ... HS lupa nak bawak Rapala Goldfish yg baru tu ... dah sampai port baru teringat tertinggal dalam bilik ... Tapi tak apa, guna jelah apa yang ada dalam tackle box (Rapala Hot Tiger) ... Matahari dah mula meninggi ... "okay lah baling dua tiga kali pastu cari tempat teduh lah"  ... Dalam leka mengarau umpan tiba-tiba entah dari mana munculnya ikan tu, drang pun berbunyi zinggg ~~~
Hah, "ni mesti baung ni" "eh ke ikan haruan ah?"  ... tapi ikan haruan bukan main sambar macam tu .. Ternyata tekaan tidak silap... Genus Hemibagrus terkulai depan mata ... "haha luka lama berdarah kembali, lama tak jumpa hang" !! ... Balik dengan senyuman meleret ^^, 

Terima kasih ~



Like page Haruan Sakit di FB --> Haruan Sakit Channel


Friday, December 4, 2015

Rapala Goldfish (Luka lama berdarah kembali?)

4.12.2015

Terima kasih kepada Komander lemon tea yg bagi hadiah kepada HS sempena hari lahir HS ... Katak jenama Bakau, Hinomiya soft lure dan Rapala goldfish shad rap... Huh, memang umpan yang terbaik untuk menjerat ikan haruan ... Sebenarnya HS dah lama tak casting ikan haruan ni sebab sibuk dengan final year project ... main dengan bacteria ni aduhh penat kot ... tambah-tambah lagi kalau tak menjadi ... But life must go on .. hehe Anggap itu sebagai satu cabaran dalam hidup ... 

Sudah setahun HS kehilangan Rapala Goldfish ni sebab tersangkut dekat pokok ... dan kini ia kembali ke pangkuan hehe ... Dan sudah setahun jugak tak menduga si bongkok dengan goldfish ni ... Adakah luka lama akan berdarah kembali ? Adakah Goldfish masih killer ? Cewahh ... kita nantikan dalam post akan datang ^^,
Terima kasih ... 


Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...