Showing posts with label okuma nemesis. Show all posts
Showing posts with label okuma nemesis. Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

Jalan-jalan casting ikan haruan.

20.12.2015 Ahad


Kejadian ni berlaku baru-baru ni ... hari ahad lepas ... tapi hari ni baru ada mood nak menaip hehe Pada awalnya merancang untuk casting haruan di area Pontian dengan Komander lemon tea tetapi pagi tu terima whatsapp bahawa dia kurang sihat. HS dan Shahrul pun mati akal nak pergi ke mana ... Jadi kami pun casting area Kota Tinggi saja ... Alhamdulillah hasil memberangsangkan ... Kami sampai di port dah tengahari jadi memang panas 'hau-hau' bak kata orang utara betul tak ? hehe ... Jadi ada lah kot memancing dalam sejam pastu dah duduk rehat bawah pokok ... lepas zohor kami berkomplot dengan Naim Cool di tempat yg sama ... Masing-masing tak kumpau termasuk naik cool junior ... 




Bila dah beransur petang HS duduk di suatu tempat sambil casting dan baru sedar yg pemandangan masa ni sungguh cantik .. Subahanallah ^^, 
Komplot hari tu HS dapat mendaratkan 2 ekor haruan yg bersaiz sederhana ... Jadilah kan hehe ... Sebenarnya ada video pasal ni semua .. Nantikan ya :) 



Like page Haruan Sakit Channel --->  Haruan Sakit Channel


Terima kasih.

Monday, December 7, 2015

Rapala Goldfish dah hanyir.

7.12.2015 Isnin




Petang ni nak keluar kejap lah, nak menghanyirkan gewang yg baru keluar dari kotak ...hehe Dan hasilnya alhamdulillah ada jugak strike dari baby baung ni ... jadilah ~~ 

Thursday, November 19, 2015

6 ekor siakap kolam dengan set Ultra light. #Haruansakit


9.11.2015 Isnin

Assalamualaikum semua ... hari ni (jumaat 2011.2015) baru HS nak menaip balik kat blog ni ... sekarang ni sibuk sikit dengan final year project dan kesuntukkan masa nak menaip ni ... Jadi cuti pertengahan semester hari tu (4 hari ja, sigh) abah sempat bawak HS dan adik ke kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Target utama kami ialah siakap hehe ... Jadi masa ni HS menggunakan set ultra light ... saja nak mendapatkan keyakinan bila menggunakan set ultra light ni yang giat berkembang di Malaysia... Set yang HS gunakan adalah seperti di bawah ni:

Rod: Okuma nemesis 2-6 lb
Reel: Shimano sienna 1000
Mainline: Stren monofilament 6 lb



Okay, HS tak menggunakan 'shock leader' tetapi HS menggunakan perambut... Biasalah kalau nak casting siakap kolam mesti guna perambut dan udang mati kan ... Pakej yang kami ambil hari tu ialah RM50 untuk 7 jam ... Jadi dari pagi sampai ke petang kami memancing ... Total 6 ekor siakap dan seekor siakap merah (adik yang dapat) ... Ohh tak lupa jugak , nantikan videonya ya  ^^,



Sekian terima kasih :)

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...