Showing posts with label mangrove jack. Show all posts
Showing posts with label mangrove jack. Show all posts

Wednesday, July 11, 2018

cara mudah ikat perambut casting untuk kolam





Hi semua, dalam video ni HS ada tunjuk cara yang paling mudah nak buat perambut casting. Perambut casting ni yg HS guna. Bukan apa, kadang kalau guna single hook ikan siakap merah/mangrove jack suka curi umpan. Dia ambil umpan betul-betul kat bahagian yg tak ada matakail haha. Selamat mencuba ya !

Thursday, November 19, 2015

6 ekor siakap kolam dengan set Ultra light. #Haruansakit


9.11.2015 Isnin

Assalamualaikum semua ... hari ni (jumaat 2011.2015) baru HS nak menaip balik kat blog ni ... sekarang ni sibuk sikit dengan final year project dan kesuntukkan masa nak menaip ni ... Jadi cuti pertengahan semester hari tu (4 hari ja, sigh) abah sempat bawak HS dan adik ke kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Target utama kami ialah siakap hehe ... Jadi masa ni HS menggunakan set ultra light ... saja nak mendapatkan keyakinan bila menggunakan set ultra light ni yang giat berkembang di Malaysia... Set yang HS gunakan adalah seperti di bawah ni:

Rod: Okuma nemesis 2-6 lb
Reel: Shimano sienna 1000
Mainline: Stren monofilament 6 lb



Okay, HS tak menggunakan 'shock leader' tetapi HS menggunakan perambut... Biasalah kalau nak casting siakap kolam mesti guna perambut dan udang mati kan ... Pakej yang kami ambil hari tu ialah RM50 untuk 7 jam ... Jadi dari pagi sampai ke petang kami memancing ... Total 6 ekor siakap dan seekor siakap merah (adik yang dapat) ... Ohh tak lupa jugak , nantikan videonya ya  ^^,



Sekian terima kasih :)

Thursday, August 27, 2015

Casting siakap merah dan ikan bulan di Terengganu.

26.8.2015 Rabu
Petang lepas balik dari kerja terus gerak ke merang ... setelah hampir seminggu lebih tak pegang joran sebab sibuk dengan praktikal jadi petang ni gerak hati nak ke sana ... dengan motor kapcai HS pun pulas minyak sampai habis haha ... gerak dari rumah pukul 5.38 pm dan sampai sana pukul 6.00 pm ... Sunyi saja hanya HS seorang kat situ ...




Bila sampai ja kat tepi tebing nampak ikan belanak dan ikan kitang ... ada juga beberapa spesis yang lain ... Balingan popper jenama Anyfish kali kedua disambar rakus ... Ikan talang ke ni ? ikan kekacang ke ni ?  tak terfikir langsung pasal ikan bulan ni hehe ... Bila dah sampai ke tepi maka tahulah ianya bukan ikan talang mahupun ikan kekacang ... tapi tak apa, janji strike !! 


Selang beberapa minit kawan HS pun sampai .. tetapi tidak memancing pun ... hanya untuk bersantai dan lepak petang ... Syahmi, Sue dan Ari ... Cara menggayakan popper yang saya gunakan ialah dengan menghenjut sebanyak dua kali dan berhenti ... begitulah seterusnya ... Bila jam menunjukkan pukul 7 pm jadi di dalam hati berbisik "okay, 10 minit lagi"  hehe 


Tak sia-sia 10 minit tu hehe ... berjaya jugak mendaratkan siakap merah ataupun Mangrove jack yang bersaiz kecil ... Liar punya ni hehe bukan kolam ... Yup yang ni sekali lagi menggunakan gewang popper jenama Anyfish :)
Sekali dia sambar, laju je tali keluar sebab drag yang tak dikunci ketat ni .. fuhh memang power ikan ni walaupun bersaiz kecil ...




Terima kasih kepada Syahmi, Sue dan Ari sebab teman HS memancing hehe
tak lupa juga Terima kasih kepada pembaca blog ni ^^,

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...