Hi semua, dalam video ni HS ada tunjuk cara yang paling mudah nak buat perambut casting. Perambut casting ni yg HS guna. Bukan apa, kadang kalau guna single hook ikan siakap merah/mangrove jack suka curi umpan. Dia ambil umpan betul-betul kat bahagian yg tak ada matakail haha. Selamat mencuba ya !
Showing posts with label cara-cara. Show all posts
Showing posts with label cara-cara. Show all posts
Wednesday, July 11, 2018
cara mudah ikat perambut casting untuk kolam
Hi semua, dalam video ni HS ada tunjuk cara yang paling mudah nak buat perambut casting. Perambut casting ni yg HS guna. Bukan apa, kadang kalau guna single hook ikan siakap merah/mangrove jack suka curi umpan. Dia ambil umpan betul-betul kat bahagian yg tak ada matakail haha. Selamat mencuba ya !
Saturday, August 12, 2017
cara-cara memancing udang kolam
Assalamualaikum semua, disini HS tunjukkan cara-cara untuk memancing udang di kolam.
Jemput menonton :)
Thursday, March 30, 2017
Gewang yang sesuai memancing haruan
Hi semua, kali ni HS kongsikan kepada anda semua tentang umpan atau gewang yang sesuai untuk memikat si kepala ular ni. Apa yang HS kongsikan adalah gewang yang paling umum untuk memburu ikan haruan. Gewang yang tidak dinyatakan dalam video HS pun boleh digunakan juga untuk memancing haruan contohnya seperti sesudu, popper dan pencil.
Jom tonton video HS. Jangan lupa like, share dan subscribe ya (^^,)
Terima kasih ~
Terima kasih ~
Monday, May 2, 2016
Teknik memancing di Kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah.
2.5.2016 Isnin
Alhamdulillah .. selepas dua minggu nak masuk minggu yang ketiga HS dah semakin pulih ..cuma kalau berjalan je terenjut-enjut lagi sebab kaki masih bengkak ... Dua hari (14.3.2016) sebelum nak balik ke Skudai HS berhasrat nak try casting di kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Perjalanan dari rumah ke kolam memakan masa selama 40 minit ... Hari tu pergi seorang je sebab abah sibuk dan member pun kerja ... Dah lama tak main kat kolam .. nak main kat Johor ni harga tiket memang mahal huhu ... sampai je kat kolam nak bayar rupa-rupanya pihak kolam tengah buat promosi ... Rm35 untuk 10 jam weiii ... casting sampai lebam ... setelah siap setup rod dan reel HS pun mula aktiviti casting menggunakan udang mati ..
Di sini HS nak berkongsi teknik yang HS guna pada hari tu ... udang mati tu HS buang kepala dia dan tak buang kulit apa pun .. cuma buang kepala udang ja dan sangkut pada matakail .. bagi lurus sikit udang tu .. dah settel (lupa nak ambil gambar kalau tak boleh tunjuk) ... bila dah baling umpan biar umpan tu tenggelam dulu dalam 10 saat ke .. pastu HS karau dengan perlahan (serius slow giler haha) dan diselangi dengan "jerk" sekali ... teknik ni memang berkesan .. Dua ekor siakap tumpas pada pagi tu ...
Petang tu pulak lepas zohor (memang panas giler kot), HS casting menggunakan teknik pelampung dan udang hidup .. sambil karau pelampung slow-slow tu tiba-tiba "dup" dan terus bawak lari ... HS sempat membuka bail arm untuk mengeluarkan tali dan set hook bila rasa dah sesuai .. tak lama selepas tu seekor lagi siakap putih berjaya didaratkan .. Alhamdulillah rezeki ..
Lepas dapat lagi sekor siakap, HS duduk je kat pondok .. guna teknik pelampung .. baling tepi (ada la 2 meter dari tebing) ... tak payah jauh-jauh kalau main kat kolam ni ... sedang leka bersembang dengan brother sorang ni tiba-tiba pelampung hilang .. terus meluru mencapai joran .. bagi masa jap kat ikan tu dan bila pelampung tenggelam je sekali lagi, tali bagi tegang dan sembat ... Perlawanan kali ni agak sengit sebab ikannya memberi tentangan yg hebat...
selepas beberapa minit dapat la tahu yang punya angkara .. Si jenahak rupanya, patut la kuat semacam je ... Jadi hasil sekarang ialah 3 ekor siakap dan seekor jenahak ... Dalam pukul 5 lebih HS mula casting balik sebab tak berapa panas dah dan beroleh seekor lagi siakap .. comel giler siakap ni haluih sangat haha .. Sedutan dia pun slow je .. tapi itu memang trademark sang raja muara tak kira kecil atau besar haa ..
Lepas dapat siakap yang kecil tu mama ada call tanya bila nak balik .. dalam hati kata pukul 6 nanti balik la ni .. jadi HS pun sambung casting .. kali ni hanya baling dalam jarak lebih kurang 3 meter dari tebing (saja ja baling dekat-dekat pulak) ... tak sangka .. bila nak sampai tepi ja terasa "dup" yang amat kuat ..berderau darah masa tu haha .. Jadi HS pun bagi dia masa dan sembat lah .. dapat jugak nampak rupa ikannya tu (ikan jenahak) tapi bila di "rempit" tali putus pulak ..tak tahu la samada putus kat mainline atau kat FG knot ... silapnya sebab kunci drag terlalu ketat ... sayangnya, tengok jam dah pukul 6 petang .. memang tak ada rezeki la kan .. Jadilah rezeki siakap 4 ekor dan jenahak seekor ...
Kalau main kat kolam ni satu je, kena RAJIN ... selebihnya tu rezeki Dia nak bagi :)
Tight line guys ~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lama tak bersua
Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...
-
Isnin 20.7.2015 Sebelum balik ke Terengganu untuk meneruskan latihan industri abah sempat belanja trip memancing di jambatan Pulau Pinang...
-
Fuhh banyak betul nama untuk ikan ni ... sekali tengok memang la macam anak ikan todak pun ada ... Tapi bila dah dapat pancing rupa-rup...
-
28.9.2014 Melalui fb jugak aku berkenalan dengan Are Rulz dan ingin berkomplot memancing haruan ... jadi kami tunggu kawan dia yang sor...