Showing posts with label fish. Show all posts
Showing posts with label fish. Show all posts

Wednesday, July 11, 2018

cara mudah ikat perambut casting untuk kolam





Hi semua, dalam video ni HS ada tunjuk cara yang paling mudah nak buat perambut casting. Perambut casting ni yg HS guna. Bukan apa, kadang kalau guna single hook ikan siakap merah/mangrove jack suka curi umpan. Dia ambil umpan betul-betul kat bahagian yg tak ada matakail haha. Selamat mencuba ya !

Thursday, March 30, 2017

Gewang yang sesuai memancing haruan

 Hi semua, kali ni HS kongsikan kepada anda semua tentang umpan atau gewang yang sesuai untuk memikat si kepala ular ni. Apa yang HS kongsikan adalah gewang yang paling umum untuk memburu ikan haruan. Gewang yang tidak dinyatakan dalam video HS pun boleh digunakan juga untuk memancing haruan contohnya seperti sesudu, popper dan pencil.

Jom tonton video HS. Jangan lupa like, share dan subscribe ya (^^,)
Terima kasih ~



Tuesday, January 19, 2016

Ultralight di kolam Megatron Kulai

20.1.2016 Wednesday

Fuhh setelah lama tak menaip akibat sibuk dengan final exam ..dan sekarang ni tengah buat part time sikit ... Baru jugak siapkan video memancing di kolam megatron Kulai .. dah lama peram sebenarnya haha .. HS pergi dengan geng Finesse Angler ... Sehari jugak lah casting hari tu .. Set yg kami gunakan masa tu ialah set ringan/ Ultralight .. Dan berkesempatan jugak lah jumpa trend setter ultralight kat Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Kanicen nix hehe  

Enjoy :) 



Ada lagi sambungan di bahagian kedua nanti ...tunggu ya :) 

Like page -->  Haruan Sakit channel







Monday, August 10, 2015

Casting ikan Bulan a.k.a Tarpon fish di Merang.

5.8.2015 Rabu
Petang tu selepas balik je dari kerja, badan masih lagi rasa lenguh-lenguh dek kerana sampling di Pulau Bidong... Masa awal tu naim ada ajak pergi casting bulan HS pun on saja ... Sebelum pergi tu singgah kedai peralatan memancing depan UniSZA untuk membeli gewang hehe ... untuk memikat sang bulan jugak ... Jadi HS pun bergerak ke rumah naim sebaik sahaja membeli gewang tersebut ... Handle minyak motor GT128 dipulas sehabis boleh hehe (jangan buat macam ni nahhh) ... maklumlah habis kerja pkul 5 ... nak balik rumah lagi pergi kedai lagi hehe ... Bila sampai ja kat sana langit belum menunjukkan tanda-tanda "moody" ...



                                      

Dengan tiba-tiba muncul satu awan hitam yang datangnya dari arah laut menghala ke pantai ... Fuhh , angin dia memang kuat ... 
"Angin dari laut memang kuat sebab tak ada halangan apa pun, kalau angin dari darat ke laut tu tak kuat sangat sebab ada halangan macam bukit-bukit dan bangunan" ujar naim ... Ada lah dalam 20 minit macam tu angin pun mulai reda ... tetapi masih sukar jugak untuk melempar gewang ... Yelah masa ni pun guna gewang jenis mikro kan ... ringan dan mudah ditiup angin ... Apabila cahaya kian hilang naim berjaya mendaratkan dua ekor sang bulan dengan menggunakan jighead jenama Bakau 5.0 gram dan sotong (tak ingat pulak jenama apa) fluorescent ... Tahniah ^^,
Hari sebelumnya naim dapat memikat sang bulan yang bersaiz sekilo ... waw, memang layan la dengan set Ultra light hehe ...




Selfi dulu dua tiga gambar lepas tu kami bertolak balik ... Sekian terima kasih ^^,






Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...