Wednesday, May 4, 2016

Casting anak toman

4.5.2016  Rabu

Petang tadi sempat jugak jalan-jalan tepi parit besar... tujuan utama sebab nak casting haruan ja .. tpi bila asyik dgn casting ni tak sedar dah sampai hujung dah .. HS menggunakan set ultralight sahaja .. set nak main haruan dah rosak habis .. Jadi ternampak lah sekumpulan ikan tengah timbul .. dah besar rupanya anak2 ikan toman ni .. HS pun guna je mana yg ada dalam lure box tu .. salah satunya Jack lure sinking pencil 5 cm dan ofmer catwalk hehe .. layan habis bila anak2 toman ni berebut nak sambar pencil ofmer catwalk tu .. walaupun bersaiz kecil 20++ cm tetapi apabila menggunakan set ultralight ia mampu memberi tentangan yang hebat... karen habis woo !!







Monday, May 2, 2016

Teknik memancing di Kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah.

2.5.2016 Isnin


Alhamdulillah .. selepas dua minggu nak masuk minggu yang ketiga HS dah semakin pulih ..cuma kalau berjalan je terenjut-enjut lagi sebab kaki masih bengkak ... Dua hari (14.3.2016) sebelum nak balik ke Skudai HS berhasrat nak try casting di kolam simpang tiga Sungai Petani Kedah... Perjalanan dari rumah ke kolam memakan masa selama 40 minit ... Hari tu pergi seorang je sebab abah sibuk dan member pun kerja ... Dah lama tak main kat kolam .. nak main kat Johor ni harga tiket memang mahal huhu ... sampai je kat kolam nak bayar rupa-rupanya pihak kolam tengah buat promosi ... Rm35 untuk 10 jam weiii ... casting sampai lebam ... setelah siap setup rod dan reel HS pun mula aktiviti casting menggunakan udang mati .. 

Di sini HS nak berkongsi teknik yang HS guna pada hari tu ... udang mati tu HS buang kepala dia dan tak buang kulit apa pun .. cuma buang kepala udang ja dan sangkut pada matakail .. bagi lurus sikit udang tu .. dah settel (lupa nak ambil gambar kalau tak boleh tunjuk) ... bila dah baling umpan biar umpan tu tenggelam dulu dalam 10 saat ke .. pastu HS karau dengan perlahan (serius slow giler haha) dan diselangi dengan "jerk" sekali ... teknik ni memang berkesan .. Dua ekor siakap tumpas pada pagi tu ... 

Petang tu pulak lepas zohor (memang panas giler kot), HS casting menggunakan teknik pelampung dan udang hidup .. sambil karau pelampung slow-slow tu tiba-tiba "dup" dan terus bawak lari ... HS sempat membuka bail arm untuk mengeluarkan tali dan set hook bila rasa dah sesuai .. tak lama selepas tu seekor lagi siakap putih berjaya didaratkan .. Alhamdulillah rezeki .. 

Lepas dapat lagi sekor siakap, HS duduk je kat pondok .. guna teknik pelampung .. baling tepi (ada la 2 meter dari tebing) ... tak payah jauh-jauh kalau main kat kolam ni ... sedang leka bersembang dengan brother sorang ni tiba-tiba pelampung hilang .. terus meluru mencapai joran .. bagi masa jap kat ikan tu dan bila pelampung tenggelam je sekali lagi, tali bagi tegang dan sembat ... Perlawanan kali ni agak sengit sebab ikannya memberi tentangan yg hebat...
selepas beberapa minit dapat la tahu yang punya angkara .. Si jenahak rupanya, patut la kuat semacam je ... Jadi hasil sekarang ialah 3 ekor siakap dan seekor jenahak ... Dalam pukul 5 lebih HS mula casting balik sebab tak berapa panas dah dan beroleh seekor lagi siakap .. comel giler siakap ni haluih sangat haha .. Sedutan dia pun slow je .. tapi itu memang trademark sang raja muara tak kira kecil atau besar haa .. 

Lepas dapat siakap yang kecil tu mama ada call tanya bila nak balik .. dalam hati kata pukul 6 nanti balik la ni .. jadi HS pun sambung casting .. kali ni hanya baling dalam jarak lebih kurang 3 meter dari tebing (saja ja baling dekat-dekat pulak) ... tak sangka .. bila nak sampai tepi ja terasa "dup" yang amat kuat ..berderau darah masa tu haha .. Jadi HS pun bagi dia masa dan sembat lah .. dapat jugak nampak rupa ikannya tu (ikan jenahak) tapi bila di "rempit" tali putus pulak ..tak tahu la samada putus kat mainline atau kat FG knot ... silapnya sebab kunci drag terlalu ketat ... sayangnya, tengok jam dah pukul 6 petang .. memang tak ada rezeki la kan .. Jadilah rezeki siakap 4 ekor dan jenahak seekor ... 

Kalau main kat kolam ni satu je, kena RAJIN ... selebihnya tu rezeki Dia nak bagi :) 

Tight line guys ~


Sunday, May 1, 2016

Malang tidak berbau.

Assalamualaikum semua .. sorry la dah lama x post kat entry blog ni .. HS sebenarnya terlibat kemalangan .. lost control .. habis camera semua rosak .. set casting haruan pun barai .. apa boleh buat .. tapi sekarang alhamdulillah dah pulih seperti biasa .. terima kasih kepada sipo naim cool sebab tolong urus moto HS .. nasib baik terserempak kat jalan kalau tak tak tahu la mcm mna ..

Wednesday, January 20, 2016

Review tentang Jack Lure jenis sinking.

21.1.2016 Thursday


Beberapa hari lepas HS berkesempatan untuk casting ikan baung ... HS menggunakan Jack lure jenis sinking 5 cm 5 gram .. Jadi disini HS nak kongsi sedikit tentang cara HS retrieve gewang Jack Lure tu ... HS akan bagi masa dalam 10 saat biar gewang tu tenggelam (bergantung kepada tempat, dalam atau tak) dan mula karau dan diselang seli dengan jerk 3 kali ... karau sikit dan jerk 3 kali ... dan begitulah sampai beroleh hasil  :) 

Masa mula-mula guna Jack lure ni terlepas baung .. dah sampai tepi dah .. sekali dia libas, habis ..haha tak ada rezeki agaknya ... maklum lah HS tak berapa yakin lagi dengan single hook ni ... Sebenarnya warna 'colourless' (seperti gambar di bawah) memang killer .. bak kata Komander Lemon Tea "warna yg seakan-akan udang atau anak ikan"  ... Jadi memang sesuai digunakan untuk ikan pemangsa seperti Peacock Bass (PB), ikan haruan, ikan baung dan banyak lagi ...

Berminat boleh contact ---> Jamal Assaqauf




Terima kasih ^^,


Like page --->  Haruan Sakit Channel


Tuesday, January 19, 2016

Ultralight di kolam Megatron Kulai

20.1.2016 Wednesday

Fuhh setelah lama tak menaip akibat sibuk dengan final exam ..dan sekarang ni tengah buat part time sikit ... Baru jugak siapkan video memancing di kolam megatron Kulai .. dah lama peram sebenarnya haha .. HS pergi dengan geng Finesse Angler ... Sehari jugak lah casting hari tu .. Set yg kami gunakan masa tu ialah set ringan/ Ultralight .. Dan berkesempatan jugak lah jumpa trend setter ultralight kat Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Kanicen nix hehe  

Enjoy :) 



Ada lagi sambungan di bahagian kedua nanti ...tunggu ya :) 

Like page -->  Haruan Sakit channel







Tuesday, December 22, 2015

Jalan-jalan casting ikan haruan.

20.12.2015 Ahad


Kejadian ni berlaku baru-baru ni ... hari ahad lepas ... tapi hari ni baru ada mood nak menaip hehe Pada awalnya merancang untuk casting haruan di area Pontian dengan Komander lemon tea tetapi pagi tu terima whatsapp bahawa dia kurang sihat. HS dan Shahrul pun mati akal nak pergi ke mana ... Jadi kami pun casting area Kota Tinggi saja ... Alhamdulillah hasil memberangsangkan ... Kami sampai di port dah tengahari jadi memang panas 'hau-hau' bak kata orang utara betul tak ? hehe ... Jadi ada lah kot memancing dalam sejam pastu dah duduk rehat bawah pokok ... lepas zohor kami berkomplot dengan Naim Cool di tempat yg sama ... Masing-masing tak kumpau termasuk naik cool junior ... 




Bila dah beransur petang HS duduk di suatu tempat sambil casting dan baru sedar yg pemandangan masa ni sungguh cantik .. Subahanallah ^^, 
Komplot hari tu HS dapat mendaratkan 2 ekor haruan yg bersaiz sederhana ... Jadilah kan hehe ... Sebenarnya ada video pasal ni semua .. Nantikan ya :) 



Like page Haruan Sakit Channel --->  Haruan Sakit Channel


Terima kasih.

Tuesday, December 15, 2015

Hasil soft plastic dengan menggunakan teknik Texas Rig.

15.12.2015 Selasa


okay kali ni HS nak kongsi beberapa gambar strike dengan menggunakan teknik Texas Rig ni ... Sebelum ni HS pernah nampak orang menggunakan teknik ni kerana sesuai dengan menggunakan soft plastic ... Orang yg mendedahkan teknik ni dalam news feed facebook HS adalah Amirul Irfan (Youtube: Swimbait Freak) ... banyak yg dia post hasil daripada menggunakan soft plastic untuk menjerat ikan haruan ni ... tapi masa tu HS tengah seronok layan menggunakan soft frog, jadi tak layan sangat dengan soft plastic ni ... HS lebih seronok menggunakan top water lure kerana teruja saat haruan menghentam gewang ... dan orang yg mengubah HS untuk menggunakan teknik ni adalah Wan Riduan (FB) ... bila tengok brother ni menggunakan soft plastic, hasilnya boleh tahan ... dari situ bermula rasa ingin mencuba sesuatu yg baru ... iaitu Texas Rig ... Lagipun dek kekurangan modal untuk membeli spinner bait yg asyik sangkut di dasar, jadi HS cuba menggunakan soft plastic ... 


Gambar ni adalah strike pertama yg HS perolehi hasil dengan menggunakan soft plastic jenama Hinomiya warna hitam putih ... Telan sampai ke tekak soft plastic tu hehe ... dan di bawah ni adalah hasil dengan menggunakan pelbagai warna soft plastic ...










Rekod setakat ni dengan menggunakan soft plastic adalah 2.1 kg ... Tight lines !! 


Jangan lupa like page Haruan Sakit ---> Haruan Sakit Channel




Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...