Sunday, June 28, 2015

Memancing sempena cuti Hari Penubuhan Malaysia. #throwback




Hari ni Hari Penubuhan Malaysia 16.9.1963 ...  Selasa 16.9.2014

Pagi : 





Port kat sini memang cun lah orang cakap ... boleh dapat ikan patin la ikan keli la ikan belida la tapi hampeh ... adat la tu atau mungkin umpan tak kena kot ... ikan kat sungai ni banyak menangkap tapi satu pun tak dapat ... Target kat sini nak dapat ikan keli ataupun ikan patin ... 

Gaya , mutu , keunggulan ...hihi 

Tengahari :




Selepas kumpau di port pertama , ubah pulak ke Waterfront Danga Bay ... Aku pernah mancing kat sini , dapat tamban yg besar tu atau beliak mata tak silap aku ... Dah beli apollo ( yang mata kail banyak-banyak tu ) tapi tu lah , tak ada rezeki jugak ... kumpulan ikan tamban tu tak nak datang dekat dengan jeti ... Jadi kumpau lagi di tempat kedua .. Jadi berpindah lagi ke tempat seterusnya .... jeng jeng jeng sapa yang selalu guna jalan ni tau la tempat ni kat mana ... 


Petang : 

First strike , curut saja ..

Second strike , bilis saja ...

Mini minnow jenama cap ayam je , murah ... action dia memang cantik ...



First strike aku ikan haruan yang saiz kecil tu. Second strike baru yang bersaiz besar ... aku cuma guna mini minnow sebab nak casting tilapia tapi dapat haruan ... berdebar jugak la jantung aku ni sebab takut terlepas ...
last last aku layan jugak mancing ikan tilapia dengan member aku ni ... 


Dayat 

Rashid




Shafiq

Sambil tunggu ikan makan umpan , chat dengan awek duluuu ...haha 



But wait ... Perasan something tak ?? hehe 
Next , haaa ...




Dan selepas mendapat hasil penat memancing seharian , bawak balik dan prepare masak untuk makan malam ... Jadilah orang bujang yang masak kan , boleh tahan jugak kawan-kawan aku ni masak sup haruan , ikan tilapia goreng kunyit dan sayur ... 





Special thanks to Shafiq and Rashid ...


Bersyukurlah dengan kebebasan yang kita miliki sekarang ni ... Selamat Hari Malaysia :) 













No comments:

Post a Comment

Lama tak bersua

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sudah lama tidak "menulis" pada blog ini. Masih ada lagi kah yang sudi menjenguk di ruangan i...